Mar 29, 2010

Bila sakit, baru kita afham nikmat sihat

Hari ini, kesihatan aku agak terganggu. Demam.. Aku tak dapat ke kelas, terbaring sepanjang hari. Malam semalam aku muntah-muntah. Mujur lah hari ini aku tak muntah lagi. Kalau tidak, memang lembik lah aku.. Bila kita ditimpa penyakit, sebenarnya banyak yang kita pelajari dari kesakitan kita ini. Kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur. Masakan tidak.. Kita pasti akan merasakan yang kesihatan itu adalah nikmat yang tidak terhingga. Dan kesakitan yang dirasai oleh orang lain yang lebih sakit daripada kita itu, menyebabkan kita menjadi lebih bersyukur. Alangkan sakit yang tidak seberapa pun sudah tidak tertahan. Apatah lagi kesakitan yang kronik yang menimpa sesetengah manusia itu. Alahai bertuahnya bagi kita yang sihat ini. Tuhan memberikan kesakitan untuk dosa kita dihapuskan. Itu pun masih lagi kita minta diskaun untuk sakit kita tuh. Kalau lah nak dibandingkan dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup ini, pasti tidak tertanggung sakit itu. Mana tidaknya, dosa yang kita buat setiap hari selama puluhan tahun. Banyak hikmahnya bila kita ditimpa sakit. Masa kita sakit, kita akan lihat betapa risaunya ahli keluarga kita dan teman rapat kita dengan kesihatan kita yang terganggu itu. Ibuku berkali-kali menelefonku hari ini. Ayahku juga. Siap nak datang ke sini membawa ku ke klinik. Alahai terharunya aku.. Teman sebilik ku, Nazirah Hanim juga, turut berusaha membelikan ku sebanyak minuman dan makanan untuk aku makan. Ubat yang dibeli sehingga sepapan. Air zam-zam, air 100 Plus, Jefry yang bagi. Betapa caring nya mereka terhadapku..Terima kasih semua..Aku berharap sangat agar keluargaku dan teman-teman semua diberikan kesihatan yang berpanjangan... Amiin..

Mar 25, 2010

Positif



Aku sedar sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, aku telah menjadi orang yang negatif. Post aku di facebook juga tidak ceria seperti dahulu. Mungkin tekanan kerja yang menyebabkan aku menjadi begini. Namun sebenarnya aku sangat tidak suka menjadi orang yang negatif.. Jadi sebelum aku menjadi lebih negatif, aku perlu berubah! Entry kali ini, ingin aku berkongsi ilmu yang bermanfaat hasil kajian Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, 10 Petua Membina Sikap Positif, sebagai usaha mempositifkan diri.. Semoga sebaran ilmu yang aku peroleh daripada beliau, dapat memberi manfaat kepada aku dan sesiapa yang sudi berkongsi ilmu ini denganku..


Petua 1 : Jangkakan Kejayaan






Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.






Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam. 

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.






Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang






Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.





Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.
Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.
Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.
Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri






Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin. 
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.






Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
  1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
  2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
  3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
  4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
  5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
  6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
  7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
  8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
  9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
  10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.






Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi. 
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.







Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya






Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka. 
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.







Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan






Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.






Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan






Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran. 

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!






Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri






Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video. 

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.







Petua 8 : Saranan Diri Positif






Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.






Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif






Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita







Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan






Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi. 

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W. 

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja. 

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

Sumber: www.laman-map.com

Mar 24, 2010

Tips pembentangan yg baik

Hari ini entry saya tak bercerita macam tok nujum seperti dua entry yang sebelum ini, tapi lebih kepada nak berikan tips membuat pembentangan yang baik. Apa yang saya ingin kongsikan ini lebih mensasarkan golongan mahasiswa di kampus la sebab saya merupakan mahasiswa sekarang ini. Segala yang dikongsikan ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sahaja, tidak lebih daripada itu. Yang mana baik, boleh diambil tapi yang mana dirasakan kurang sesuai, tak perlulah diambil. Abaikan sahaja.. Tips ini hanya boleh anda peroleh dari blog saya sahaja! Haha.. Walau bagaimanapun, tips yang saya berikan ini bukan bermaksud saya seorang yang terlalu hebat dalam hal ehwal pembentangan tetapi saya tahu ramai dalam kalangan pelajar yang masih kurang mahir dalam membuat pembentangan di dalam bilik kuliah dan akhirnya penderaan mental telah dilakukan ke atas audiences yang mendengar. Bayangkan sejam pembentangan digunakan untuk membaca slide presentation sahaja. Tak ke bengang orang yang menonton "aktiviti pembacaan" di hadapan bilik kuliah tersebut.. Saya pernah merasakan betapa tersiksanya apabila pembentangan yang dibuat sangat membosankan tetapi saya faham sebagai pelajar, kita semua masih belajar dan pembentangan adalah satu proses pembelajaran. Cuma kalau final year student yang buat macam itu, saya rasa memang it does not make sense, dear..

1. Persediaan sebelum pembentangan

Apa sahaja yang anda perlu lakukan, persediaan awal adalah sangat penting. Untuk membuat satu pembentangan yang baik dan informatif, seseorang pembentang (atau satu kumpulan pembentang) perlulah membuat persediaan yang rapi sebelum membuat seseuatu pembentangan. Kandungan pembentangan adalah asas yang penting dalam sesuatu pembentangan. Secara asasnya, pembentangan yang sering dibuat di kampus adalah bersifat penerangan tentang sesuatu topik dan tidak bersifat pembacaan ucapan. Kandungan yang diambil bukan sahaja perlu sahih dan berkaitan tetapi juga mampu untuk menarik perhatian audiences. Memang tidak dapat dinafikan  kadang-kala kita akan terperangkap untuk membincangkan perkara-perkara yang agak bosan dan terlalu bersifat fakta, namun pembentang yang baik adalah pembentang yang bersifat robust iaitu bijak mengendalikan pembentangan sekalipun topik perbincangan adalah sesuatu yang membosankan. Kandungan yang diperoleh perlu diteliti dan difahami oleh pembentang. Penelitian memerlukan penggunaan masa yang banyak. Bukan semua perkara yang diperoleh perlu untuk dibentangkan kerana saya pasti setiap pembentangan mempunyai limitasi masa. Maknanya, dahulukan kandungan yang paling penting dan berkaitan dengan topik perbincangan. Masukkan data yang paling berkaitan dan kaji isi kandungan pembentangan sama ada perlu atau pun tidak. Sekiranya pensyarah tidak keberatan untuk menilai kandungan-kandungan tersebut, ambil sedikit masa untuk isi pembentangan disemak terlebih dahulu agar apa yang anda bentangkan memenuhi skop perbincangan. Setelah kandungan bertepatan dengan skop perbincangan yang akan dibuat, berlatih lah untuk menerangkan kepada audiences dengan baik. Latihan adalah sangat penting kerana ketika pembentangan anda hanya diberikan masa untuk membentang bukan baru hendak berfikir apa yang perlu disampaikan. Berusahalah untuk membentang dengan yakin. Ingat! Practice makes perfect..

2. Bahan bantuan 

Elemen kedua yang penting dan perlu diberi perhatian adalah bahan bantuan yang digunakan semasa pembentangan dibuat. Bahan pembentangan perlulah bersesuaian dengan isu dan golongan sasaran. Contohnya kita boleh menggunakan kertas mahjung, manila kad, atau bahan-bahan bantuan yang lain. Namun kebiasaannya, para pembentang akan bersedia dengan slide presentation yang menarik. Kadang-kala rajah (seperti jadual, graf, foto) dan video amat membantu menarik perhatian audiences anda sekaligus menjadikan pembentangan anda lebih menarik. Sekiranya ingin menggunakan slide presentation seperti powerpoint, penggunaan warna juga perlu diberi perhatian. Jangan sampai warna tulisan dan latar belakang seakan-akan sama. Atau penggunaan warna yang terlampau terang. Memang ini amat mengganggu penglihatan audiences. Tidak kurang pentingnya, perkataan yang digunakan di dalam slide tersebut perlulah tidak lebih daripada 18 patah perkataan bagi setiap slide. Bukan semua yang anda hendak terangkan, anda sumbat sepenuh-penuhnya dalam slide tersebut. Ingat, anda bukan ingin bagi contoh karangan yang perlu disalin sebaliknya memberikan informasi untuk difahami oleh pendengar. Selain itu juga, tema slide juga memainkan peranan dalam menonjolkan konsep sesuatu pembentangan. Kebiasaannya pembentang perlu tampil matang, dan tidak menggunakan kartun sebagai elemen pembentangan. Apapun, ianya terpulang kepada konsep pembentangan kita.

3. Interaksi dengan audiences

Pembentangan dibuat bukan untuk kita tetapi untuk pendengar. Sentiasa ingat bahawa kita membentangkan sesuatu ilmu dan maklumat yang kita peroleh untuk dikongsikan dengan orang lain. Maka, lontaran vokal perlulah seiring dengan semangat kita untuk menyampaikan pembentangan tersebut. Bukan bermakna kita perlu memaksimumkan volume suara kita, tetapi biarlah pembentangan itu dapat didengari sehingga barisan terakhir bilik kuliah / bilik persidangan yang digunakan untuk membuat pembentangan tersebut agar apa yang kita ingin kongsikan, dapat memberi manfaat kepada para pendengar. Mungkin sesekali kita boleh menggunakan nada berbisik untuk menarik perhatian pendengar, namun jangan sesekali menggunakan satu nada yang sama dari awal pembentangan sehinggalah ke akhirnya. Takut-takut, nanti semua pendengar kita terlentok dengan "persembahan" kita nanti. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik adalah sangat perlu dalam setiap pembentangan yang dibuat. Pembentangan juga perlulah lebih bersifat menerang dan memahamkan bukan sekadar membaca setiap butir perkataan di dalam slide dan mengharapkan pendengar memahami dan membuat konklusi sendiri. Penekanan tentang sesuatu perkara penting adalah perlu. Tidak sewajarnya kita memperlihatkan semua isi kandungan kita terlalu penting atau tidak penting. Bukan apa, nanti takut audiences penat dengan setiap perkara yang ditekankan atau memandang remeh setiap perkara yang dibentangkan. Selain aspek penekanan, kerjasama adalah perkara yang penting sekiranya pembentangan dilakukan secara berkumpulan. Para pembentang perlulah mengekalkan momentum yang sama agar keserasian di antara pembentang akan menjadikan pembentangan yang dibuat lebih menarik dan bertenaga. Maksud mengekalkan momentum di sini ialah kita perlu bekerjasama menerangkan sesuatu isu itu dengan baik dan bukan hanya mengharapkan pembentang yang lain berusaha untuk menutup kelemahan kita. Berusaha untuk libatkan audience dalam pembentangan juga adalah sesuatu yang baik. Semoga presentation yang kita buat lebih lively..

4. Aksesori

Aspek yang tidak kurang penting dalam menjadikan pembentangan kita menarik adalah dengan melengkapkan penampilan diri pembentang. Kadang-kala ada pembentangan yang dilakukan secara berkumpulan menampilkan para pembentang dengan warna yang sama. Idea ini mungkin boleh menampakkan aspek kerjasama dalam kalangan kumpulan tersebut. Pemakaian adalah elemen yang perlu diberikan keutamaan juga. Biasanya pembentang akan tampil dengan pakaian yang formal atau berimej korporat. Ianya bergantung kepada konsep pembentangan yang dibuat. Mungkin kalau pembentangan pelajar jurusan fesyen, berbeza sedikit. Tapi apa yang penting, pakaian bergantung kepada konsep pembentangan yang dibuat. Selain pakaian, aksesori lain yang dikenalpasti membantu dalam sesebuah pembentangan adalah bagaimana anda ingin menarik perhatian pendengar untuk sentiasa bersama anda dalam penbentangan anda agar apa yang anda sampaikan tidak sia-sia. Salah satu teknik penyampaian yang baik adalah dengan menggunakan membujuk dan meyakinkan audiences dengan isi pembentangan anda. Pastikan pandangan kita mencakupi semua bahagian (walaupun bukan semua orang), agar tidak ada yang terasa disisihkan dalam pembentangan kita. Seterusnya, pembentangan yang lain daripada yang lain biasanya akan menarik minat audiences. Biarlah yang "lain" itu sesuatu yang baik, bukan yang pelik dan tidak bersesuaian dengan target audiences anda. Sekali lagi, kembali kepada konsep pembentangan kita. Last but not least, pemakaian aksesori seperti barang kemas yang bergayut-gayut dan berbunyi-bunyi adalah sangat mengganggu. Elakkan!

Semoga berjaya!

Mar 23, 2010

Tips Menarik 2: Kenali diri dan pasangan ideal


Apa yang saya paparkan di bawah hanyalah informasi yang igin saya kongsi dan pastinya banyak blog lain yang juga memaparkan perkara ini. Namun, bukan niat ingin menciplak, cuma sekadar berkongsi ilmu terhadap kajian orang-orang terdahulu sahaja. Apa yang Allah cipta, semuanya indah dan bermakna. Mungkin semua ini hanya sekadar kebetulan sahaja. Tidaklah saya paparkan untuk dipercayai 100% kerana segalanya telah ditetapkan oleh Allah, Pencipta Yang Maha Agung. Hanya Dia sahaja yang mengetahui tentang segala isi alam cakerawala ini.  Apapun, sekadar informasi, mari sama-sama kita analisis..
Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.2

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.8

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.



no.9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Mar 22, 2010

Tips Menarik 1 : Siapa Saya?

Ilmu ini saya peroleh daripada Dr. Fadzilah Kamsah.. Saya pasti anda mesti mengenali beliau bukan? Ilmu ini saya kira berguna kepada diri kita dalam mengenali dengan lebih mendalam siapa sebenarnya diri kita ini. Tapi sebelum itu, anda mestilah seorang yang hebat dalam congak-mencongak ini. Siapa yang pernah dapat 10/10 dalam kelas matematik dahulu (kalau tak ingat, boleh semak balik buku congak anda dulu-dulu, kalau ada lagilah buku congak tu kan.. ahaha..) boleh lupakan kalkulator.  Lets check it out, who we are..

Sebelum itu, mari saya ajar caranya: 
Tambahkan setiap angka yang terdapat dalam tarikh lahir anda itu. 
Contohnya: 03 07 1986
0 + 3 = 3
Kotak pertama adalah 3..



Kemudian campurkan kesemua nombor..
0 + 3 + 0 + 7 + 1 + 9 + 8 + 6 = 34
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
3 + 4 = 7
Kotak kedua adalah 7..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
3 + 7 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
 1 + 0 = 1
Kotak ketiga ialah 1..



Jadi, anda akan memperoleh jawapan seperti berikut..
3 = Kemas
7 = Patuh
1 = Pemimpin


Mudah bukan??
Selamat mencuba!


1 = Pemimpin
2 = Lembut
3 = Kemas @ Cerewet
4 = Rajin
5 = Boleh berbincang
6 = Angin
7 = Patuh
8 = Business 
9 = Glamour

Mar 20, 2010

MSG

Malam Sinar Gemerlapan adalah satu majlis makan malam gilang-gemilang yang diadakan oleh Kolej Mohamad Rashid bagi meraikan pelajar tahun akhir. Pada tahun ini, MSG diadakan di Pan Pacific Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ). Majlis yang diadakan pada 19 Mac 2010 ini mellibatkan beberapa orang tertinggi daripada pihak pengurusan universiti dan kolej-kolej, tetamu kehormat seperti Dato' Seri Hj. Mahamad Fathil bin Dato' Mahmood, bersama anaknya yang merupakan ekuestrian negara, Qabil Ambak. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada AJK yang bertungkus-lumus selama dua semester untuk meraikan kami pelajar-pelajar tahun akhir. Tahniah kepada anda semua!

Walaupun demikian, aku masih lagi mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat aku tentang majlis tersebut. Secara jujurnya, kemeriahan majlis yang aku rasakan tidaklah seberapa. Tidak seperti ketika kami menghadiri jamuan makan malam untuk meraikan pelajar tahun akhir ketika menuntut di peringkat diploma dahulu. Aku masih lagi merindukan teman-teman yang dulu. Hurmm.. Biasalah, lain padang lain belalangnya..

Mar 17, 2010

Sekolah rendahku..

Berdiri megah indah
Sekolah ku tercinta
Ilmu murni dicurah
Pada kami semua ....

Ini adalah rangkap pertama lagu Sekolah Kebangsaan Senawang, sekolah yang pernah menjadi medan yang mendidik aku suatu ketika dahulu.. Ya, sekolahku yang tercinta.. Malam semalam aku terjumpa facebook sekolah aku.. Memang banyak sangat perubahannya.. Kalaulah apa yang tersimpan dalam memoriku ini boleh discan dan diuploadkan ke facebook atau blog aku ini, memang aku dah buat dah.. Sebab terlalu banyak perbezaan di antara dahulu dan sekarang.. Hebat sekolah aku itu.. Lama aku di sana dan semestinyalah banyak sekali memori indah tentang sekolah itu.. Bagi aku sekolah rendah adalah tempat belajar yang sangat indah.. Tempat di mana kita hanya tahu tentang dunia kita sahaja.. Tak banyak masalah yang kita fikirkan.. Maklumlah, ketika itu kita masih kecil. Tempat yang melihat aku membesar.. Mana tidaknya, dari umur aku 7 tahun sehingga umur aku mencecah 12 tahun aku di sana.. 6 tahun aku di situ.. Ramai sekali cikgu yang telah berbakti kepada aku.. 

Pagi Isnin, adalah hari untuk perhimpunan rasmi sekolah. Acara seperti menyanyikan lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri, dan juga lagu sekolah memang acara wajib.. Tidak lupa pada ucapan daripada guru besar kami yang comel orangnya.. Dengan kata-kata keramatnya dalam memulakan ayat ucapan, "Yang pertama".. Haha.. segar-bugar lagi semuanya di ingatan aku..Bagaimana aku memasuki pelbagai pertandingan yang diadakan, daripada bernasyid, lakonan watak (nenek kebayan menang tempat kedua), bercerita (wakil sekolah kategori Bahasa Inggeris tu..Haha..), sampailah kepada tarian.. Semuanya aku masuk.. Haha..Tidak dikira lagi persembahan kumpulan koir (aku main melodian) yang dibuat untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar Takanezawa semasa aku di Tahun 5.. Semua aku ingat! Indahnya zaman itu..

Tidak aku nafikan, sedikit sayu di hati aku sewaktu aku menatap gambar-gambar sekolah aku itu.. Banyak jasa dan bakti sekolah tersebut kepada agama, bangsa, dan negara.. Betapa besarnya jasa dan sumbangan guru-guru dalam memastikan murid-murid yang diajar menjadi manusia yang berguna bukan ketika itu sahaja, tetapi sampai ke akhir hayat.. Kagum aku dengan kemuliaan darjat seorang insan bergelar guru.. Dan disebabkan aku terlalu meletakkan darjat yang tertinggi buat insan bergelar guru lah aku merasakan aku tidak layak menjadi seorang guru walaupun ramai orang mentafsirkan karakter aku untuk menjadi guru tidak dapat disangkal.. 

Masa tidak akan pernah membenarkan diri 'mereka' diulang.. Apa yang telah kita rasa saat ini, tidak akan dirasakan sekali lagi dalam keadaan yang sama dalam waktu yang lain pula.. Begitulah lumrah dunia. Memori yang tersemat dalam ingatan hanya akan kekal di situ selagi Tuhan membenarkan ia berlaku. Benarlah kata orang, hanya gambar yang dapat menghentikan masa.. Mana mungkin kita akan kembali semula ke zaman kanak-kanak, untuk ke sekolah semula melainkan hanya bertindak sebagai alumni sekolah sahaja. Namun, rasa sayang pada sekolah aku tidak pernah pudar.. Masih ramai guru-guruku di sana.. Apa pun, terima kasih cikgu.. Berdiri megah indah, sekolahku tercinta, ilmu murni di curah, pada kami semua, memang tepat sekali untuk sekolahku tercinta! ;)

Mar 16, 2010

Serabut

Kali ini entry aku memang berkisar tentang perasaan aku yang tak tertanggung memikirkan kerja yang berlambak dan progress yang perlahan.. Oooo.. Aku rasa sangat serabut dengan tugasan yang berlambak dan aku tak tau sama ada aku sempat atau tak menyiapkan kerja ini sebelum dihantar esok. Memang aku telah terlepas cakap.. Nak hantar final draft hari Rabu konon. Tapi tak siap lagi.. Aku bukan tak buat tapi kerja memang banyak. Mujur juga aku tak kena bentang tugasan aku esok. Kalau tak, lagi lah haru-biru hidup aku.. Aku sampai tiada selera nak makan malam ini dek kerana terkenangkan kerja aku yang tak siap ini. Tak lagi dikira urusan dan segala macam perihal blok yang aku perlu lakukan.. Ternyata minggu ini sangat derita bagi aku untuk menghabiskannya. Pulak tu, aku belum lagi terjumpa dengan tudung, kasut, beg tangan yang sesuai untuk aku gayakan pada jamuan makan malam untuk pelajar tahun akhir yang kolej aku buat nanti.. Alahai.. Sempat ke aku nak buat semua ini dalam masa beberapa hari sahaja.. Serabutnya.. Aku amat perlukan terapi ketika ini.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini.. Amiin..
p/s: jangan terkejut aku tukar background.. Aku cuma perlukan suasana baru.. Untuk memperbaharui mood aku..

Kerja berkumpulan

Semasa aku menulis entry aku ini, aku sedang berada di computer lab di fakulti. Aku sekarang sedang mencari maklumat dan memuatkan maklumat yang aku peroleh ini dalam presentation slides untuk subjek Isu Semasa Ekonomi Kewangan. Pembentangan kami sepatutnya berjalan esok tapi alhamdulillah telah ditangguhkan pada minggu depan disebabkan ada urusan lain yang perlu diselesaikan oleh pensyarah kami. Alhamdulillah sangat-sangta.. Bukan apa, minggu ini  memang banyak kerja yang perlu aku selesaikan. Berikutan penangguhan kerja pembentangan tersebut, maknanya aku bolehlah kembali fokus kepada kerja-kerja kertas penyelidikan aku. Legalah sedikit.. Hurm, tapi sebelum semester ini berakhir, aku belum boleh kata yang aku lega secara hakiki.. Hoo.. Hakiki?? Kalau dah masuk syurga baru boleh aku katakan yang aku lega secara hakiki kot.. Yeke?? Tahla..apa-apalah.. Hari ini entry aku bukan nak bercerita sangat pun tentang kelegaan. Cuma ingin berkongsi ceritera kerja berkumpulan. Aku membuat kerja pembentangan untuk subjek ini secara berkumpulan. Memang perkara biasa la tu kan. Tapi setiap kali kerja kumpulan, hampir setiap kali itu juga lah ahli kumpulan bukan orang yang sama. Jadi pendekatan dan masalah yang berlaku juga mestilah tak sama juga, bukan? Aku harap kali ini tiada masalah sebab semua ahli kumpulan aku ini terdiri daripada pelajar tahun akhir ( Aku mengandaikan yang pelajar tahun akhir ini semua dah faham perihal kerja berkumpulan walaupun masih ada segelintir daripada mereka yang masih tidak layak digelar pelajar tahun akhir akibat tidak memahami peranan masing-masing dan juga penglibatan dalam kumpulan yang amat tidak memuaskan )..Baiklah, mari kita bercerita tentang perihal makna kerja berkumpulan atau kerja berpasukan ini. Biasanya kerja berkumpulan ini adalah kerja yang dilakukan bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Kalau matlamat berbeza pun, susah juga nak buat kerja bersama-sama kan. Sama lah juga halnya dengan kes aku yang membuat kerja bersama untuk mencapai satu matlamat iaitu menyiapkan kerja pembentangan dna laporan bagi subjek ini. Cuma apa yang lebih penting dalam melakukan kerja berpasukan ini ialah kita mestilah tidak menjadi free rider yang hanya menumpang hasil daripada usaha orang lain. Di sini aku sertakan beberapa tips untuk menjadi ahli kumpulan yang disenangi (tapi ingat bahawa bukan semua orang akan senang dengan apa yang kita buat kalau kita memang tidak disukai tapi sekurang-kurangnya buat lah sehabis baik untuk menjernihkan keadaan).. Sebenarnya tips ini datang daripada pengalaman aku menjadi pelajar universiti selama enam tahun dan pernah berada dalam lebih daripada 15 kumpulan.. Yang baik datang daripada Allah dan yang kurang semuanya datang daripada kelemahan saya sendiri.
         Tips kerja berpasukan: 

1.   Menepati janji untuk waktu perbincangan

Sebenarnya, di mana-mana sahaja anda berada, kalau anda menepati temujanji anda, anda akan disenangi dan dihormati. Begitu jugalah halnya dengan komitmen anda dalam kumpulan. Bukan apa, tak kan lah kerana kelewatan anda semua orang perlu membuang masa menunggu anda bukan? Kalau tak banyak, pasti ada rasa sedikit kurang senang bagi orang yang menunggu anda. Lagipun kalau perbincangan telah dimulakan, pastinya anda akan terlepas apa yang telah dibincangkan sebentar tadi. Penting sekali bagi kita untuk menepati janji yang telah kita sama-sama buat apatah lagi bagi perjumpaan yang pertama. Jangan pernah lupa bahawa first impression lasts. Apa yang kita lakukan di awal perjumpaan akan kekal sebagai tanggapan orang lain terhadap diri kita. Jadi, berusaha lah untuk menepati masa perjumpaan yang telah ditetapkan. Sekiranya anda memang tak dapat datang tepat pada waktunya, beritahu awal-awal kepada ahli kumpulan anda yang anda memang tidak dapat datang pada waktu tersebut atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jangan buat orang lain tertunggu-tunggu..

2.   Bertolak ansur

Secara umumnya, kebanyakan daripada kita sebagai orang Timur memang akan mudah berasa kurang selesa dengan kehadiran orang yang bossy dan bersifat pemberi arahan. Dalam kerja berpasukan, kita dikehendaki membuat kerja secara berkumpulan. Bukan bermakna kita perlu buat semu orang sukakan sikap kita, namun apa yang lebih penting kita perlu memudahkan urusan kita dalam mencapai matlamat yang sama untuk menyiapkan kerja tersebut. Minta pendapat ahli kumpulan anda biasanya mereka akan mempunyai idea yang anda tidak fikirkan. Anda juga perlulah menyuarakan pandangan anda terhadap isu yang anda rasakan epru untuk disuarakan. Janganlah kerana ingin menjadi ahli yang baik sangat sampai anda dianggap pak turut pula. Hanya tahu mengangguk sahaja. Sekiranya ada kemusykilan atau bantahan, tanyalah atau berikan pandangan anda dengan bersopan. Bertolak ansur itu penting tapi tidaklah sehingga anda perlu untuk duduk diam sahaja. Tegaslah dengan pendirian anda dan terangkan kenapa anda berkata demikian untuk kepentingan semua ahli kumpulan. Perkara yang lebih disenangi adalah bersifat win-win situation.

3.   Membuat kerja yang sepatutnya sehabis baik dalam tempoh yang telah ditetapkan      
     
Setelah perbincangan dibuat dan kata putus diperoleh, anda perlulah melakukan kerja seperti yang   telah dipersetujui dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda tidak perlu membuat sesuatu yang bombsatik sehingga tidak difahami oleh ahli kumpulan anda. Pastikan sekiranya kerja yang anda buat itu memang perlu bombastik, terangkan kepada ahli kumpulan anda sehingga mereka faham. Sekiranya mereka tidak faham atau tidak mahu faham sekalipun, maklumkan lah juga apa yang anda ingin buat untuk kebaikan bersama. Jangan dek kerana ingin bombastik sangat sampai gagal untuk menyiapkan kerja yang perlu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan pula. Bahaya tu! Bombastik ke mana, kerja anda ke mana. Akhir sekali markah ke mana. Memang wajarlah anda dimaki hamun oleh ahli kumpulan yang lain dek kerana kegagalan anda menyiapkan tugasan yang sepatutnya..

Mar 15, 2010

Tugasan


Siapa yang pernah tidur dalam keadaan hati tak tenang?? Hurm, aku rasa orang dewasa pasti pernah mengalami keadaan ini kan? Keadaan di mana kita tidur tapi dalam hati kita masih lagi memikirkan hal-hal yang difikirkan oleh orang yang tak tidur. Memang keadaan tersebut tidak selesa, bukan? Perkara ini yang akan aku ceritakan dalam entry aku hari ini.. Malam tadi aku tidur agak lewat menyelesaikan masalah perpaipan di dapur rumah aku..Sebenarnya aku bukan menyelesaikan pun cuma bertindak sebagai agen yang membantu sahaja.. Haha.. Adik aku yang lelaki tu lah yang berhempas pulas menyelesaikan masalah tersebut. Credit to him! Tapi itu bukan persoalannya.. Apa yang ingin aku ceritakan hari ini adalah berkaitan dengan tugasan yang belum selesai dan difikirkan sehingga dibawa ke dalam tidur kita. Aku maklum benar sebagai seorang pelajar terutamanya yang dah bergelar mahasiswa, kita tidak akan mampu lari daripada pelbagai tugasan seperti presentation, individual assignments, group assignments, tests, dan final year project .. Aku juga semestinya tidak terlepas daripada mengalami perkara-perkara seperti ini apatah lagi esok aku akan menduduki ujian, lusa aku perlu membuat pembetangan dan pada hari yang sama juga aku dikehendaki menghantar final draft untuk kertas penyelidikan aku.. Mahu tak serabut nya kepala otak aku memikirkan semua ini dan tidak hairan lah tidur aku malam tadi pun tak lena dek kerana susah hati memikirkan kerja segala ni tak siap lagi.. Aku berusaha dan berdoa agar dipermudahkan jalan untuk aku menyelesaikan tugasan-tugasan ini.. Aku tahu bukan aku sahaja yang pernah mengalami perkara ini malah ramai pelajar memang pernah merasakan perkara yang sama.. Itu yang aku terfikir tadi, semakin meningkat usia kita, semakin banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Semakin banyak yang boleh kita selesaikan. Kalau dah bekerjaya esok lain pula halnya. Memikirkan hal kerja lagi, hal berkaitan perngurusan kewangan seperti bayaran bil telefon, bil elektrik, bil air, bayar ansuran rumah, ansuran kereta. Itu belum dikira kereta rosak lagi, dan pelbagai hal lain yang perlu diuruskan.. Apa pun, kita manusia ini dilahirkan untuk menjadi khalifah. Maknanya pasti kita boleh melakukan perkara-perkara tersebut dengan jayanya! Ya, dengan jayanya!! Kata Malaysia Boleh.. Kita kan orang Malaysia. Kita pasti boleh kan?? =)

Mar 14, 2010

Makin besar periuk, makin besarlah keraknya..


Hari ini entry saya ingin bercerita tentang isu kewangan.. Kewangan ye, class.. Semakin besar periuk, semakin besar keraknya.. Siapa tahu perumpamaan ini, angkat tangan dan beri jawapan. Siapa yang tahu jawapannya, saya bagi 5 markah tapi siapa yang tak tahu, saya tolak 5 markah daripada markah keseluruhan anda di ahhir semester nanti ya (cakap dengan nada yang cukup baik dan muka tersenyum)..Dalam hati student  berkata,"Muka saja nampak baik tapi kejam gila Miss ni".. Haha.. Tiba-tiba saja nak berangan jadi lecturer kan..  Sebenarnya aku tahu hampir semua orang tahu (yeke semua orang tahu? hurmm.. sebab tu lah aku kata hampir, aku tak kata semua, kan..) makna perumpamaan tersebut tapi aku nak juga beritahu apa makna sebenar perumpamaan tersebut..Hihi.. Ok, jangan main-main.. Straight to the point.. Sebenarnya maksud perumpamaan tersebut ialah semakin banyak pendapatan, semakin banyak pula pengeluaran.. Haa..kan senang kalau daripada tadi dah beritahu.. Ni tidak, membebel saja kerja engkau.. Kan isu berkaitan kewangan ni.. Tu laa.. Aku cakap tak percaya.. Hahaha.. 

Hari ini sebenarnya aku ingin berbicara tentang urusan penyelenggaraan kewangan aku dari dulu sehingga kini.. Semasa aku berada di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyambung pengajianku di peringkat diploma, aku memang tak pernah meminta kedua orang tuaku menghantarkan wang perbelanjaan sepanjang aku di sana.. Dalam urusan pembelian tiket kapal terbang pergi-balik, memang ayah sering membelikannya untuk aku.. Tapi kadang-kala aku ada juga membelinya sendiri.. Wang yang aku gunakan sepanjang aku berada di sana, adalah sepenuhnya wang PTPTN ku. Sewaktu awal semester memang ayah akan memberikan aku sejumlah wang yang selalunya berjumlah RM 500 yang akan aku gunakan untuk membeli buku dan perkakasan yang perlu sebelum kemasukan wang PTPTN yang kadang-kala memakan masa sebulan lebih.. Tapi ketika itu, wang aku cukup saja. Tak perlu meminta lagi pada ayah.. PTPTN aku ketika itu adalah sekitar RM 1500 per semester. Maknanya dicampurkan dengan wang yang ayah beri ketika awal semester, lebih kurang RM 2000 lah pendapatan ku per semester.. Ketika itu memang wang perbelanjaan aku cukup saja. Kadang-kala berlebih pula sehingga aku boleh membawa simpananku pulang (maksud aku dalam akaun)pada akhir semester.. Namun, kini berlainan sekali.. Aku belajar di UPM Serdang. Aku memperoleh pendapatan dari PTPTN sekitar RM 2000 sebulan.. Aku balik rumah tiap-tiap minggu (sumber pendapatan tu sebab balik mesti dapat duit, paling kurang pun RM 150..Dah la balik naik kereta, tak payah fikir tentang wang tambang macam masa di Bintulu dulu).. Tapi duit dalam akaun memang surut banyak.. Haha..Aku tau apa sebabnya..S.H.O.P.P.I.N.G.!Yup.. Itu memang sebabnya.. Masa buat diploma di Bintulu dulu tak banyak shopping kompleks yang akhirnya tidak menyebabkan aku bernafsu membeli-belah di sana kecuali sem terakhir aku berjalan sakan dari Kuching sampailah ke Miri. Tapi berlainan dengan kes aku belajar di Serdang.. Semua shopping kompleks aku nak jelajah.. Dan bila jelajah tu, memang tak jelajah kosong lah.. Pasti saja ada yang aku ingin bawa pulang..Semua tu duit, kan?Hurmm.. Walaupun aku sedar tapi aku tetap buat perkara tersebut cuma semester terakhir ini aku tidaklah seboros seperti ketika aku di semester-semester pertengahan dahulu.. Hihihi.. Aku dah matang kot.. 

Kesimpulan yang aku boleh buat ialah makin banyak duit, makin banyak kita belanja (macam karangan lah pulak, ada pengenalan, ada isi dan ada penutup-kesimpulan..).. Jangan laa kata kalau aku dapat banyak duit aku mesti nak simpan tapi buktikan laa yang aku ada duit sikit tapi aku tetap boleh simpan.. Sebab tabiat menyimpan dan menabung ini bukanlah dikira dengan jumlah wang pendapatan kita sangat pun, tapi lebih kepada tabiat menabung kita sendiri.. Aku memang boros.. Anda semua bagaimana?? Makin besar periuk, makin besarlah keraknya..