Mar 12, 2010

Keputusan muktamad!


Apabila aku bangkit dari tidur, aku terus terfikirkan hal untuk aku sambung pengajian yang aku katakan dalam entry aku semalam.. Keputusan aku adalah muktamad! Aku nak mencari pekerjaan terlebih dahulu.. Dan aku akan stabilkan kerjaya aku dahulu..Aku akan menyambung pengajian tapi sekarang bukan masa yang sesuai bagi aku.. Ya, janji aku pada diri, aku akan juga menyambung pengajianku di peringkat master, satu hari nanti. Strategi aku (wah, strategi lah sangat..Haha..), aku nak kerja dulu, utk tgk kecenderungan pekerjaan ku kelak dalam bahagian ekonomi atau lebih kepada bahagian yang lain, maksudnya pentadbiran atau lain-lain, dan setelah aku menempatkan diri dalam dunia pekerjaan barulah aku tahu aku perlu sambung master dalam bidang apa, MBA atau Master Econs. Kemudian bolehlah aku memilih pengkhususan yang lebih tepat dan mengarah kepada bidang pekerjaan aku nanti. Hehe. Lebih tepat, bukan? Di samping itu, aku juga perlu untuk memikirkan juga tentang hal peribadi aku, memandangkan aku telah mempunyai perancangan untuk berkeluarga dalam masa dua tahun dari sekarang, InsyaAllah.. Aku perlu juga memikirkan ayah aku yang dah lama sangat menanggung aku.. Jadi, sekarang sudah tiba masanya aku pula yang berbakti kepada mereka. Pasti ada yang bertanya, kalau pun aku kerja sambil belajar, aku masih lagi boleh berbakti pada orang tua ku.. Namun, bagi aku yang baru ingin bertapak ini, biarlah kedua-dua kaki aku gunakan untuk bertapak. Maksud aku, fokus dahulu pada kerjaya. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.. Azam aku sekarang nak belajar rajin sikit lah (memandangkan mood study aku yang dah semakin menurun) dan meningkatkan kemahiran diri berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa, dan fokus dalam membina kerjaya.. Biarlah yang lain, datang selepas perkara-perkara yang aku sebutkan ini..Aku hanya mampu berdoa pada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan dan perancangan aku ini dapat berjalan dengan lancar lah hendaknya..Amiin..