Feb 21, 2010

jangan malas

Awin, jangan bermalas-malasan lagi.. masa dah tak cukup untuk kau nak bermalas-malasan lagi. Yang paling penting sekarang adalah masa untuk timba ilmu sebanyak-banyaknya. Rajin-rajin kan diri membaca. Bukan sekadar baca buku berkaitan dengan ekonomi, tetapi juga yang berkaitan dengan hal ehwal semasa dan ilmu-ilmu lain. Ingat, kesihatan kau semakin tidak baik. Jangan hanya pandai beli ubat tapi tak mahu disiplin makan ubat. Kelemahan kau yang paling dahsyat adalah gagal mendisiplinkan diri. Bahaya tu. Jangan pandang enteng soal kesihatan. Nanti mengganggu pelajaran. Satu perkara yang tak pernah menjadi perkara yang tak penting, adalah pengurusan masa yang baik. Dari dulu sampai lah sekarang, kau memang gagal mengurus masa dengan baik. Walaupun belum lah sehingga ke tahap yang teruk sangat, tapi teruk lah kalau masih tiada perubahan. Belajarlah merancang dan bertindak dengan baik. Penting sangat! Gagal merancang adalah merancang untuk kegagalan! Dah tiada masa lagi nak cuba-cuba untuk menjadi orang yang gagal. Ingat tu! Masa muda hanya sekali. Jangan kerana kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan, banyak peluang yang terlepas. Nanti memberi kesan terhadap masa depan kau. Rugi tu. Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Tuhan dah ajar perkara tu dalam Quran. Penekanan terhadap konsep pengurusan masa ni memang sangat-sangat dititikberatkan. Kenapa agaknya? Mestilah sebab ianya sangat penting. Dah, jangan membebel lagi.. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan dan bertindak lah dengan bijak.. InsyaAllah, akan berjaya.. ChIYOk2!!

Berteman katanya...

Aku baru saja berjinak dalam dunia berblog ini.. Semoga apa yang aku coretkan hanyalah sekadar teman untuk aku berbicara tentang semua yang aku fikirkan dan aku lalui tanpa memudaratkan sesiapa yang membacanya. Blog ini aku anggap sebagai diari yang aku benarkan insan lain untuk membacanya..Sekadar bingkisan buat sesiapa yang sudi berkongsi dan akan aku cuba untuk berkongsi ilmu yang aku peroleh daripada insan yang sudi menjadi guru aku secara sedar mahupun tidak..