May 17, 2010

Berjanji memang mudah..

Berjanji memang mudah.. Sekadar melemparkan kata-kata, lepas tu lupa.. Mudah sekali.. Tidak memerlukan wang.. Tapi apa yang lebih menyakitkan, apabila apa yang pernah dikata, tidak dikota.. Janji masih lagi dipegang oleh sang pendengar tapi dilupakan oleh dia yang berkata. Memang kau bijak menabur janji manis.. Bukan sekali dua, tapi mungkin beribu.. Tapi aku sentiasa percaya hidup ibarat roda.. 

May 16, 2010

Pelita itu masih di situ

Dahulu aku buta tentang siapa diriku,
Dicanai rasa rendah diri terlalu,
Mencari ke mana hala tuju,
Dan penuh rasa keliru.

Dahulu aku dirantai kesepian,
Menghidu di mana kebenaran,
Mencari erti kepercayaan,
Berteman lemahnya kejahilan.

Aku sering dipandu,
Insan bergelar guru,
Silih bertambah tiap waktu,
Mustahil ku lupa siapa guruku..

Sayang masih di situ,
Tiap waktu tanpa jemu,
Kau kongsi segala ilmu,
Kerana di hatimu,
Mendidik itu amanahmu,
Berusaha itu nadimu,
Bejaya itu kebahagiaanmu.

Guru,
Kau selalu masih di situ,
Walau kami telah jauh darimu,
Di hatimu hanya satu,
Kejayaanku kejayaanmu,
Terima kasih guru,
Ku doakan kesejahteraan buatmu..

May 13, 2010

Cantik

Siapa kata bertuah menjadi orang cantik.. Mungkin ada yang sentiasa memegang stigma sedemikian sehingga ke hari ini.. Jangan pernah kita mendiskriminasi manusia hanya kerana kecantikannya.. Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Semua orang boleh berusaha untuk kelihatan cantik. Saya, anda, dan kita semua.. Cantik memegang sinonim dengan wanita. Namun cantik itu subjektif. Memang wanita dilahirkan dengan penuh kesenian dan kecantikan. Semua orang cantik. Sama ada kita dilahirkan normal atau tidak setiap kejadian itu ada kecantikannya. Allah yang menciptakan kita. Allah Maha Bijaksana. Mustahil Allah mencipta sesuatu itu secara sia-sia. Ingatlah bahawa kita semua perlu berusaha untuk cantik. Sebab Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.

Mungkin ada yang kata cantik perlukan wang yang banyak. Saya tidak pernah menafikannya.. Untuk menjadi cantik secara fizikal, sedikit atau mungkin banyak pelaburan perlu dibuat. Jadi memang ada benarnya cantik memerlukan wang yang banyak. Tapi apa yang lebih penting adalah kecantikan hati. Kecantikan peribadi. Itu sangat penting. Tengok sahaja orang yang akhlaknya buruk, hatinya busuk, manakan mampu terserlah kecantikannya. Kalau pun mereka cantik, pasti orang yang ingin mengiktiraf bahawa mereka ini cantik sangat tidak mampu untuk mengatakan sedemikian. Dek kerana kehodohan hati dan akal budi, maka terbanglah kecantikan yang dimiliki. Alangkah hinanya taraf mereka yang seperti itu.


Kecantikan boleh membinasakan. Wanita juga begitu. Boleh binasa dan membinasakan. Apa yang paling penting ingatan kita bahawa kecantikan yang kekal adalah kecantikan peribadi. Sama-samalah kita menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Tiada salahnya kekal cantik. Apa yang peling penting jangan pernah lupa pada dunia yang penuh cubaan ini. Kerana beberapa kali disebut dalam Al-Quran bahawa wanita mampu merosakkan..


May 8, 2010

Orang yang tiada ilmu ibarat melalui lorong yang gelap

Siapa yang kata ilmu tidak penting? Sejarah menunjukkan ilmu memang sangat penting. Negara ditawan bukan dengan kekuatan bala tentera, tetapi kekuatan akal yang beisi ilmu. Keluarga bahagia kerana ilmu. Ekonomi kukuh dengan ilmu. Semuanya memerlukan ilmu. Sedangkan pejuang agung Islam, Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda yang maksudnya:



”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)
Kepentingan terhadap ilmu memang tidak lagi perlu disangkal. Semua individu memerlukan ilmu. Sedangkan salah satu petanda hari kiamat yang dahsyat adalah mengangkat orang yang tidak berilmu menjadi pemimpin. Lihatlah betapa kejinya taraf orang yang tidak berilmu. Diangkat menjadi pemimpin boleh membawa kepada satu perkara besar iaitu kebinasaan seluruh alam semesta. Nauzubillah.. Setiap individu perlu sedar dengan terang tentang perkara ini kerana di dalam setiap organisasi pasti kita memerlukan seorang individu atau beberapa individu untu menjadai pemimpin. Oleh yang demikian, perkara ini amat perlu diambil perhatian agar pemimpin perlu dipilih dalam kalangan orang yang berilmu. Apatah lagi Islam sangat menitikberatkan hal sedemikian..


Dalam sesebuah keluarga yang dibina, ilmu mentadbir keluarga dan membesarkan anak-anak adalah sangat-sangat penting. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesalahan sedangkan mereka sendiri tidak tahu bahawa apa yang mereka sedang dan telah lakukan itu adalah satu kesalahan. Oleh yang demikian, kesalahan tersebut akan dilakukan sepanjang hayat. Mungkin kita tidak sedar, tapi peri pentingnya ilmu dalam mentadbir keluarga bukan sekadar membawa kesan buruk kepada keluarga itu sendiri tetapi juga untuk masyarakat yang terkena tempiasnya. Dalam mentadbir keluarga, nilai-nilai keislaman perlu diangkat dan dijunjung. Jangan risau, kejayaan dunia dan akhirat insyaAllah, dengan izinNya akan menjadi milik kita. Kebanyakan orang Islam terlalu takut menjadi orang yang mengangkat nilai keislaman kerana takut tidak menjadi orang kaya kononnya.. Sedangkan islam adalah agama yang membantu kita menjadi orang yang berjaya.. ~Sekadar renungan bersama~ 

May 6, 2010

Happy bufday, adik!

Harini, 6 Mei, adalah harijadi adik aku yang bongsu.. Genaplah usia dia 15 tahun.. Hurm.. kejap jer dah besar.. Macam rasa dia tu masih kecik lagi jer.. Maknanya aku pun dah tua lah kan.. Haha.. Semalam aku buatkan kek untuk dia.. Bukan calang-calang.. blueberry cheese cake ok! Bukan senang aku nak buat benda tu. Dahla beli bahan-bahan pun dah berhabis dah.. Haha.. Haip! Macam nak ungkit jer.. Hoho.. Indeed I'm not!! Okay, berbalik kepada cerita buat kek tuh, aku buat dengan seorang lagi adik aku yang lelaki ini. Iwan. Yes, he is my assistant chef, ok.. Jangan main-main.. Sampai dua orang chef digunakan untuk membuat kek adik aku itu.. Di sini aku sertakan sekali gambar-gambar sepanjang proses membuat kek itu. ;)


Bahan-bahannya



Assistant chef saya..;)




siap sukat pakai benda alah ni lagi.. hihihi




Tadaa... ni lah hasilnya.. 


May 2, 2010

Hobi

Semua orang ada hobi tersendiri. Hobi bermakna sesuatu yg kita suka buat, pada waktu lapang kita. Tiada istilah terpaksa dalam melakukan hobi yang kita suka. Kenyataan nya sekarang aku mempunyai hobi memasak, selain berkebun, membaca novel dan mengemas rumah. Pendek kata, hobi aku ini boleh lah menjadikan aku seorang perempuan sejati! Hahahaha.. Tinggal belajar menjahit saja lagi. Maka, bolehlah aku kahwin.. Hahahahha.. Gatal! Hurm, berbalik pada usaha memasak aku yang kian giat ini, aku terasa macam kewangan aku makin meyusut dek kerana asyik nak membeli bahan buat pancake laa, buat cheese kek laa, buat pai laa.. Tapi tak apa.. Ayah aku suka, so dia akan bagi aku peruntukan khas untuk aku membeli dan membelah barang-barang keperluan untuk usaha memasak ini.. Hehehe.. Ingin aku kongsikan di sini, bahawa minat memasak mungkin tidak timbul bagi sesetengah orang, tapi bagi aku memang benar kata pepatah "tak kenal maka tak cinta"..Sebab dahulunya aku pun bukanlah suka sangat dengan aktiviti memasak ini. Namun aku terasa menarik dengan aktiviti ini. Percubaan demi percubaan mendapat tempat di hati orang yang makan. Seronok sangat bila ramai orang yang makan dan bertanyakan resipi masakan aku. Seronok dan aku rasa sangat berpuas hati.. Jadi, sesiapa yang ingin merasakan kepuasan ini, maka cubalah satu resipi yang walaupun simpleI tapi menarik! Kemudian berilah orang ramai merasa air tangan anda. Pasti anda akan merasakan nikmatnya.. Cubalah!