Jun 21, 2011

"Selamat Tinggal, anak-anak ku"

Pg nie jam kurang 3 pg, genap sebulan ayahanda tercinta meninggalkan kami. Dan sehingga kini aku masih bersedih dgn pemergian ayah yg tiada isyarat itu. Allah Maha Kuasa, tanggal 25 Mei ( yang mana tarikh lahir ibu Allahyarham ) bapa menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam sebuah ambulans menuju ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Aku yang mendapat panggilan mengatakan ayah sakit, bergegas pulang ke rumah daripada Alor Setar ke Seremban ditemani ibu angkat aku lebih kurang jam 445 pg. Suasana hening menemani perjalanan ku walaupun hakikatnya ketika panggilan diterima, aku telah pun menjadi anak yatim.

Sepanjang perjalanan aku menafikan perasaan yng seolah-olah dapat meneka kerana itulah nikmat Tuhan yang sukar ditafsir; naluri. Setibanya aku di rumah kurnag lebih jam 945 pagi, rumah aku memang dah sgt ramai org sehinggakan aku dah tak terlihat siapa yg berada di perkarangan rumah aku. Lembik badan aku ketika tiba di rumah. Pak Lang memapah aku sehingga ke dalam rumah. Aku menangis kepiluan. Hancur hatiku melihat keadaan itu. Namun sebagai hamba, aku redha. Aku memeluk ibuku yang sedikit terkedalam dek kerana keramaian org. Perkataan pertama yang terpacul daripada mulut ibuku, " Win, kau dah tak de ayah dah Win."...

Feb 15, 2011