Jun 3, 2010
Temuduga
Hari ini, 3 Jun 2010, aku akan menghadiri satu sesi temuduga di Ampang. Perasaan aku bercampur baur sekarang ini. Perasaan teruja, tak sabar dan tertanya-tanya memberlenggu diri ini. Apa yang aku lakukan hanyalah bersedia dengan soalan yang biasa diajukan semasa sesi temuduga, dan berdoa.. Selebihnya bertawakkal. Ini adalah kali pertama aku dipanggil bertemuduga setelah sebulan aku berehat menanti panggilan. Semalam semasa aku mendapat panggilan telefon daripada pihak penemuduga, aku memang seronok. Akhirnya panggilan yang aku nanti, kuperoleh jua. Apa lagi, malam tadi segigihnya aku mencari transkrip sepanjang 5 semester dan akhirnya aku menemui masalah di mana aku tidak bertemu dengan transkrip semester 4 aku. Alternatif yang aku ambil setelah tidak menjumpainya adalah mencetak daripada laman portal pelajar UPM. Hehe. Alhamdulillah segalanya selesai dan aku telah pun melengkapkan apa yang dikehendaki oleh pihak yang menemuduga. Namun setelah aku bersedia segala, aku terfikir adakah ini benar-benar terbaik bagi ku. Apa yang penting adalah aku ingin merasa pengalaman pertama bertemuduga selepas aku menamatkan pengajian ku sehingga peringkat ini. Mengharapkan sangat agar aku memperoleh pekerjaan ini, masih menjadi tanda tanya. Apa yang penting aku perlu menjalani temuduga ini untuk memberi pengalaman kepada diri dan megalami bagaimana rasanya pengalaman ditemuduga selepas pengalaman pertama ku di temuduga dalam mendapatkan pekerjaan di peringkat diploma 3 tahun yang lalu. Apa sekali pun, semoga bejaya! =D
May 17, 2010
Berjanji memang mudah..
Berjanji memang mudah.. Sekadar melemparkan kata-kata, lepas tu lupa.. Mudah sekali.. Tidak memerlukan wang.. Tapi apa yang lebih menyakitkan, apabila apa yang pernah dikata, tidak dikota.. Janji masih lagi dipegang oleh sang pendengar tapi dilupakan oleh dia yang berkata. Memang kau bijak menabur janji manis.. Bukan sekali dua, tapi mungkin beribu.. Tapi aku sentiasa percaya hidup ibarat roda..
May 16, 2010
Pelita itu masih di situ
Dahulu aku buta tentang siapa diriku,
Dicanai rasa rendah diri terlalu,
Mencari ke mana hala tuju,
Dan penuh rasa keliru.
Dahulu aku dirantai kesepian,
Menghidu di mana kebenaran,
Mencari erti kepercayaan,
Berteman lemahnya kejahilan.
Aku sering dipandu,
Insan bergelar guru,
Silih bertambah tiap waktu,
Mustahil ku lupa siapa guruku..
Sayang masih di situ,
Tiap waktu tanpa jemu,
Kau kongsi segala ilmu,
Kerana di hatimu,
Mendidik itu amanahmu,
Berusaha itu nadimu,
Bejaya itu kebahagiaanmu.
Guru,
Kau selalu masih di situ,
Walau kami telah jauh darimu,
Di hatimu hanya satu,
Kejayaanku kejayaanmu,
Terima kasih guru,
Ku doakan kesejahteraan buatmu..
Dicanai rasa rendah diri terlalu,
Mencari ke mana hala tuju,
Dan penuh rasa keliru.
Dahulu aku dirantai kesepian,
Menghidu di mana kebenaran,
Mencari erti kepercayaan,
Berteman lemahnya kejahilan.
Aku sering dipandu,
Insan bergelar guru,
Silih bertambah tiap waktu,
Mustahil ku lupa siapa guruku..
Sayang masih di situ,
Tiap waktu tanpa jemu,
Kau kongsi segala ilmu,
Kerana di hatimu,
Mendidik itu amanahmu,
Berusaha itu nadimu,
Bejaya itu kebahagiaanmu.
Guru,
Kau selalu masih di situ,
Walau kami telah jauh darimu,
Di hatimu hanya satu,
Kejayaanku kejayaanmu,
Terima kasih guru,
Ku doakan kesejahteraan buatmu..
May 13, 2010
Cantik
Siapa kata bertuah menjadi orang cantik.. Mungkin ada yang sentiasa memegang stigma sedemikian sehingga ke hari ini.. Jangan pernah kita mendiskriminasi manusia hanya kerana kecantikannya.. Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Semua orang boleh berusaha untuk kelihatan cantik. Saya, anda, dan kita semua.. Cantik memegang sinonim dengan wanita. Namun cantik itu subjektif. Memang wanita dilahirkan dengan penuh kesenian dan kecantikan. Semua orang cantik. Sama ada kita dilahirkan normal atau tidak setiap kejadian itu ada kecantikannya. Allah yang menciptakan kita. Allah Maha Bijaksana. Mustahil Allah mencipta sesuatu itu secara sia-sia. Ingatlah bahawa kita semua perlu berusaha untuk cantik. Sebab Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.
Mungkin ada yang kata cantik perlukan wang yang banyak. Saya tidak pernah menafikannya.. Untuk menjadi cantik secara fizikal, sedikit atau mungkin banyak pelaburan perlu dibuat. Jadi memang ada benarnya cantik memerlukan wang yang banyak. Tapi apa yang lebih penting adalah kecantikan hati. Kecantikan peribadi. Itu sangat penting. Tengok sahaja orang yang akhlaknya buruk, hatinya busuk, manakan mampu terserlah kecantikannya. Kalau pun mereka cantik, pasti orang yang ingin mengiktiraf bahawa mereka ini cantik sangat tidak mampu untuk mengatakan sedemikian. Dek kerana kehodohan hati dan akal budi, maka terbanglah kecantikan yang dimiliki. Alangkah hinanya taraf mereka yang seperti itu.
Kecantikan boleh membinasakan. Wanita juga begitu. Boleh binasa dan membinasakan. Apa yang paling penting ingatan kita bahawa kecantikan yang kekal adalah kecantikan peribadi. Sama-samalah kita menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Tiada salahnya kekal cantik. Apa yang peling penting jangan pernah lupa pada dunia yang penuh cubaan ini. Kerana beberapa kali disebut dalam Al-Quran bahawa wanita mampu merosakkan..
Kecantikan boleh membinasakan. Wanita juga begitu. Boleh binasa dan membinasakan. Apa yang paling penting ingatan kita bahawa kecantikan yang kekal adalah kecantikan peribadi. Sama-samalah kita menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Tiada salahnya kekal cantik. Apa yang peling penting jangan pernah lupa pada dunia yang penuh cubaan ini. Kerana beberapa kali disebut dalam Al-Quran bahawa wanita mampu merosakkan..
May 8, 2010
Orang yang tiada ilmu ibarat melalui lorong yang gelap
Siapa yang kata ilmu tidak penting? Sejarah menunjukkan ilmu memang sangat penting. Negara ditawan bukan dengan kekuatan bala tentera, tetapi kekuatan akal yang beisi ilmu. Keluarga bahagia kerana ilmu. Ekonomi kukuh dengan ilmu. Semuanya memerlukan ilmu. Sedangkan pejuang agung Islam, Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda yang maksudnya:
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)
(Riwayat al-Bazzar)
Kepentingan terhadap ilmu memang tidak lagi perlu disangkal. Semua individu memerlukan ilmu. Sedangkan salah satu petanda hari kiamat yang dahsyat adalah mengangkat orang yang tidak berilmu menjadi pemimpin. Lihatlah betapa kejinya taraf orang yang tidak berilmu. Diangkat menjadi pemimpin boleh membawa kepada satu perkara besar iaitu kebinasaan seluruh alam semesta. Nauzubillah.. Setiap individu perlu sedar dengan terang tentang perkara ini kerana di dalam setiap organisasi pasti kita memerlukan seorang individu atau beberapa individu untu menjadai pemimpin. Oleh yang demikian, perkara ini amat perlu diambil perhatian agar pemimpin perlu dipilih dalam kalangan orang yang berilmu. Apatah lagi Islam sangat menitikberatkan hal sedemikian..
Dalam sesebuah keluarga yang dibina, ilmu mentadbir keluarga dan membesarkan anak-anak adalah sangat-sangat penting. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesalahan sedangkan mereka sendiri tidak tahu bahawa apa yang mereka sedang dan telah lakukan itu adalah satu kesalahan. Oleh yang demikian, kesalahan tersebut akan dilakukan sepanjang hayat. Mungkin kita tidak sedar, tapi peri pentingnya ilmu dalam mentadbir keluarga bukan sekadar membawa kesan buruk kepada keluarga itu sendiri tetapi juga untuk masyarakat yang terkena tempiasnya. Dalam mentadbir keluarga, nilai-nilai keislaman perlu diangkat dan dijunjung. Jangan risau, kejayaan dunia dan akhirat insyaAllah, dengan izinNya akan menjadi milik kita. Kebanyakan orang Islam terlalu takut menjadi orang yang mengangkat nilai keislaman kerana takut tidak menjadi orang kaya kononnya.. Sedangkan islam adalah agama yang membantu kita menjadi orang yang berjaya.. ~Sekadar renungan bersama~
Dalam sesebuah keluarga yang dibina, ilmu mentadbir keluarga dan membesarkan anak-anak adalah sangat-sangat penting. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesalahan sedangkan mereka sendiri tidak tahu bahawa apa yang mereka sedang dan telah lakukan itu adalah satu kesalahan. Oleh yang demikian, kesalahan tersebut akan dilakukan sepanjang hayat. Mungkin kita tidak sedar, tapi peri pentingnya ilmu dalam mentadbir keluarga bukan sekadar membawa kesan buruk kepada keluarga itu sendiri tetapi juga untuk masyarakat yang terkena tempiasnya. Dalam mentadbir keluarga, nilai-nilai keislaman perlu diangkat dan dijunjung. Jangan risau, kejayaan dunia dan akhirat insyaAllah, dengan izinNya akan menjadi milik kita. Kebanyakan orang Islam terlalu takut menjadi orang yang mengangkat nilai keislaman kerana takut tidak menjadi orang kaya kononnya.. Sedangkan islam adalah agama yang membantu kita menjadi orang yang berjaya.. ~Sekadar renungan bersama~
May 6, 2010
Happy bufday, adik!
Harini, 6 Mei, adalah harijadi adik aku yang bongsu.. Genaplah usia dia 15 tahun.. Hurm.. kejap jer dah besar.. Macam rasa dia tu masih kecik lagi jer.. Maknanya aku pun dah tua lah kan.. Haha.. Semalam aku buatkan kek untuk dia.. Bukan calang-calang.. blueberry cheese cake ok! Bukan senang aku nak buat benda tu. Dahla beli bahan-bahan pun dah berhabis dah.. Haha.. Haip! Macam nak ungkit jer.. Hoho.. Indeed I'm not!! Okay, berbalik kepada cerita buat kek tuh, aku buat dengan seorang lagi adik aku yang lelaki ini. Iwan. Yes, he is my assistant chef, ok.. Jangan main-main.. Sampai dua orang chef digunakan untuk membuat kek adik aku itu.. Di sini aku sertakan sekali gambar-gambar sepanjang proses membuat kek itu. ;)
Bahan-bahannya
Assistant chef saya..;)
siap sukat pakai benda alah ni lagi.. hihihi
Tadaa... ni lah hasilnya..
May 2, 2010
Hobi
Semua orang ada hobi tersendiri. Hobi bermakna sesuatu yg kita suka buat, pada waktu lapang kita. Tiada istilah terpaksa dalam melakukan hobi yang kita suka. Kenyataan nya sekarang aku mempunyai hobi memasak, selain berkebun, membaca novel dan mengemas rumah. Pendek kata, hobi aku ini boleh lah menjadikan aku seorang perempuan sejati! Hahahaha.. Tinggal belajar menjahit saja lagi. Maka, bolehlah aku kahwin.. Hahahahha.. Gatal! Hurm, berbalik pada usaha memasak aku yang kian giat ini, aku terasa macam kewangan aku makin meyusut dek kerana asyik nak membeli bahan buat pancake laa, buat cheese kek laa, buat pai laa.. Tapi tak apa.. Ayah aku suka, so dia akan bagi aku peruntukan khas untuk aku membeli dan membelah barang-barang keperluan untuk usaha memasak ini.. Hehehe.. Ingin aku kongsikan di sini, bahawa minat memasak mungkin tidak timbul bagi sesetengah orang, tapi bagi aku memang benar kata pepatah "tak kenal maka tak cinta"..Sebab dahulunya aku pun bukanlah suka sangat dengan aktiviti memasak ini. Namun aku terasa menarik dengan aktiviti ini. Percubaan demi percubaan mendapat tempat di hati orang yang makan. Seronok sangat bila ramai orang yang makan dan bertanyakan resipi masakan aku. Seronok dan aku rasa sangat berpuas hati.. Jadi, sesiapa yang ingin merasakan kepuasan ini, maka cubalah satu resipi yang walaupun simpleI tapi menarik! Kemudian berilah orang ramai merasa air tangan anda. Pasti anda akan merasakan nikmatnya.. Cubalah!
Apr 29, 2010
Hari terakhir bergelar pelajar
Setiap masa pun kita belajar.. dan sampai mati pun kita akan belajar.. Tapi belajar yang aku maksudkan di sini bukanlah pembelajaran tak formal yang sering kita lalui sehari-hari dalam hidup kita tuh.. Ini berkaitan tentang aku. Kehidupan aku sebagai seorang pelajar degree di UPM ini.. Selama berpuluh tahun aku belajar. Bermula dengan tadika, seawal empat tahun (mama dengan ayah excited nak tengok anak dia pergi sekolah, sebab itu hantar awal walaupun mama suri rumah), kemudian enam tahun di sekolah rendah, lima tahun di sekolah menengah, dan lagi enam tahun di universiti (tiga tahun di peringkat diploma dan tiga tahun lagi menyambung pengajian di peringkat degree). Semuanya total 19 tahun. Wah! Sendiri teruja bila kira-kira balik.. Haha..
Walaupun jangkamasa yang panjang, tapi hari ini semuanya akan berakhir.. Selepas ini aku akan berada dalam satu alam lain yang memerlukan aku untuk menjadi lebih matang. Aku perlu mengenali dunia dengan lebih realistik. Aku sangat takut, walaupun teruja. Inilah saat yang dinanti-nantikan mama dan ayah setelah sekian lama. Aku sedih sebenarnya. Sebab di sini (universiti), aku diajar dan dibimbing tentang semua perkara. Kehidupan yang aku lalui sangat menyeronokkan hampir setiap masa. Belajar, berkawan, bermain, berdebat, berlibur.. Semuanya di sini.. Mengenal kasih sayang juga di sini. Tetapi hari ini semuanya akan ditamatkan.. Mungkin seperti aku sendiri tidak percaya walaupun setelah lama aku menanti.. Menanti saat untuk pegang duit sendiri. Menanti saat untuk balas jasa mama ayah. Sedih woo.. hOOHOo.. Apa pun, lumrah kehidupan. Pertemuan dan perpisahan tak dapat dielakkan.. Terima kasih Tuhan, terima kasih teman, terima kasih semua.. Tanpa semua, aku tidak mungkin di sini. Namun, ini bukan pengakhiran.. Tetapi suatu permulaan.. Kejayaan sedang menantiku!!!
Apr 8, 2010
Belajarlah untuk bersyukur
Dalam Quran pun ada disebut, bahawa mungkin kita tidak menyukai sesuatu itu, walhal Allah tahu bahawa itu yang terbaik untuk kita, manakala ada sesuatu perkara yang kita sukai walhal ianya buruk untuk kita. Jadi, bersykurlah dengan apa yang kita ada kerana ianya untuk kebaikan kita juga. Memang sifat Allah adalah Maha Mengetahui, jadi biarkan Dia yang menentukan segalanya. Tidak perlulah kita gusar dan sering mempertikaikan segala kejadianNya. Memang mungkin pahit untuk kita telan, tetapi apa yang lebih penting, kita perlu untuk belajar. Belajar bersyukur. Memang mula-mula ianya bukan mudah tapi perlu untuk kita belajar. Belajar untuk mengetahui, memahami, dan untuk mendalami sesuatu kejadian dan peristiwa itu. Madah memang mudah. Namun tindakan yang kadangkala menyeksakan. Sebab itulah kita perlu BELAJAR untuk bersyukur, sebab manusia memang sentiasa amatur dengan masalah. Tidak pernah ada manusia yang pakar menyelesaikan masalah sendiri. Percayalah! Kerana Allah sentiasa menguji dan menduga. Allah sentiasa tanpa jemu membantu manusia mendekatkan diri kepadaNya. Allah sentiasa memberi ruang dan peluang untuk manusia bercinta denganNya. Cuma terkadang manusia leka. Kadang kala ia bukan terkadang, tapi selalu. Manusia selalu lupa. Memang maksud kata asal perkataan manusia itu sendiri ialah lupa. Nasiya.. Lupa.. (Kalau salah tolong betulkan, terima kasih) Sebab itu dalam suatu Surah yang lain, Allah menyuruh kita berpesan-pesan ke arah kebaikan dan kebenaran. Bukan mengajar tetapi berpesan. Maknanya banyak manusia yang tahu tapi lupa. Leka. Manusia itu memang ciptaan yang terbaik. Sifat manusia itu sendiri telah diterangkan bahawa kita memang sebaik-baik kejadian yang ada di muka bumi ini (ahsani taqwim). Cuma kita sering menzalimi diri kita sendiri. Bukan sebab kita tak tahu, tapi kita terleka dengan nikmat dunia. Namun siapa kata dunia perlu kita tinggalkan? Cuma ukhrawi yang perlu didahulukan. Tinggal dan kemudian adalah dua perkara yang nyata berbeza! Namun sekali lagi, bermadah memang mudah. Pelaksanaan itu yang seringkali mengundang gundah.. Aku bukan sekadar ingin berkongsi rasa hati, tapi juga mendekatkan diri. Aku sering lupa, sering alpa. Jangan kata Melayu saja mudah lupa. Tetapi manusia secara holistiknya, memang mudah lupa. Tapi sedar atau tidak, lupa itu juga satu nikmat. Bayangkan saja kita tidak lupa walau satu perkara pun yang pernah kita lalui di muka bumi ini. Tidak pernah lupa walau satu moment pun dalam kehidupan seharian kita, alangkah saratnya minda kita. Alangkah suramnya hidup kita. Mengingati semua kesedihan, mengingati semua kegembiraan. Barangkali gila juga kita dibuatnya. Maka benarlah apa sahaja yang Allah ciptakan. Lupa juga satu nikmat. Belajarlah untuk bersyukur. Bukan saja untuk kalia, tapi juga untuk aku yang menulis ini. Aku mudah lupa. Lupa untuk bersyukur.
Apr 7, 2010
Janji
Wah! rindu aku pada blog aku yang dah lama aku tak jengah ni..Bukan apa, aku sedikit sibuk dan kebelakangan ini pun, internet di kolej aku ini tidaklah sepantas dahulu prestasinya. Tidak kisah lah apa pun, yang pasti sekarang ini aku kembali kepada blog ku yang tercinta. Hehe.. Hari ini entry aku ingin bercerita tentang janji. Orang yang tidak menepati janji adalah orang yang munafiq. Ramai yang tahu,kan? Hurm, apa yang aku ingin cerita ini berkait rapat dengan kehidupan aku hari ini. Tapi seperti biasa, aku tidak akan bercerita tentang perkara itu secara khusus tetapi daripada sudut pandangan umum sahaja. Kali ini ingin aku berkongsi ilmu kepada para pembaca tentang pandangan dan penilaian Islam terhadap makhluk yang tidak menepati janji, atau mendustai kata yang diikat.
Di al Quran ada 32 ayat yang menceritakan tentang KADZIB, dusta dan kedustaannya, tersebar di 21 surat . QS Ali Imran, An Nisa’, Al An’aam, Al a’raf, Huud, Yusuf, An Nahl, Al Kahfi, Al Hajj, An Nuur, Al Furqan, Al Ankabuut, Shad, Az Zumar, As Syuura, Al Ahqaaf, Al Mujadilah, Al Mumtahanah, Ash Shaff, Al Jin, dan An Naba’. Beberapa di antaranya adalah :
Maka barangsiapa mengada-adakan dusta terhadap Allah sesudah itu, maka merekalah orang-orang yang zalim. (Ali Imran:94)
Perhatikanlah, betapakah mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang nyata (bagi mereka).
(QS An-Nisaa’50)
Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Orang-orang itu akan memperoleh bahagian yang telah ditentukan untuknya dalam Kitab (Lauh Mahfuzh); hingga bila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) untuk mengambil nyawanya, (di waktu itu) utusan Kami bertanya: "Di mana (berhala-berhala) yang biasa kamu sembah selain Allah?" Orang-orang musyrik itu menjawab: "Berhala-berhala itu semuanya telah lenyap dari kami," dan mereka mengakui terhadap diri mereka bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir. (QS Al A’raf :37)
Masalah JANJI disebutkan 70x di dalam al Quran :
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janji itu. (QS Al Maidah:1)
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. (QS Ali Imran : 9)
(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa. (QS Ali Imran :76)
Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di hari Akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. (QS Ali Imran : 77)
Sementara kata KHIANAT disebutkan 2x di dalam ayat al Quran iaitu di dalam surah Al Mukmin :19 dan An Nisaa’ : 105
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), karena (membela) orang-orang yang khianat, (QS An Nisaa’ :105)
Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. (QS Al Mukmin :19)
Menepati janji itu adalah tuntutan syarak, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 34 tafsirnya :
"Dan sempurnakanlah perjanjian dengan Allah dan dengan manusia, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya".
Agama Islam tidaklah melarang kita membuat janji dengan sesiapa pun atau mana-mana pihak asalkan janji-janji itu disempurnakan dan ditepati, kerana orang yang menyempurnakan janji itu adalah salah satu tanda orang yang bertakwa. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 177 yang tafsirnya :
"Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian, dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan Perang Sabil. Orang-orang yang demikian sifatnya, mereka itulah orang-orang yang benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa".
Perjanjian adalah suatu amanah yang wajib ditunaikan dan tidak dapat diambil ringan dan diambil remeh, kerana perbuatan meringan-ringankan perjanjian apatah lagi tidak menepatinya adalah dibenci dan dimurkai oleh Allah Subhanahu Wataala, malah tergolong ke dalam orang-orang munafik. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ash-Shaff ayat 2-3 tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya".
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
"Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berbohong dan apabila berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianat".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Perlu di ingat dan ketahui bahawa sifat munafik itu adalah sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nisaa' ayat 145 tafsirnya :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari lapisan-lapisan dalam neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka".
Sebenarnya agama Islam telah banyak menunjuk ajar dan melatih kita bagaimana cara supaya kita boleh menepati janji tetapi mungkin saja kita tidak menyedarinya. Cuba kita lihat ibadat sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Islam, dengan ditentukan waktunya sekali. Bukankah kita dikehendaki melakukan ibadat sembahyang tersebut dalam waktunya? Ini bermakna ia merupakan suatu perjanjian hamba dengan Allah Subhanahu Wataala dan hamba tersebut wajib mentaati perintahnya. Jika sekiranya perintah ini dapat kita lakukan, setentunya kita boleh mendisiplinkan diri ke arah menepati janji.
Memandangkan janji itu suatu amanah dan mungkir janji itu pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar, maka kerana itu agama Islam telah menentukan dab-adab yang perlu diikuti apabila membuat janji seperti mengucapkan lafaz Insya Allah apabila berjanji, suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Kahfi ayat 23-24 yang tafsirnya :
"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku lakukan yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan dengan berkata Insya Allah. Dan ingatlah serta sebutlah akan tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : Mudah-mudahan tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
Tetapi apa yang berlaku sekarang, perkataan Insya Allah itu telah di salahguna �pakai oleh segelintr orang, sebenarnya lafaz Insya Allah adalah untuk tujuan menunaikan janji tetapi sekarang lafaz Insya Allah itu digunakan sebagai alasan tidak memenuhi janji.
Perlu diingat bahawa janji adalah wajib ditepati, manakala ucapan Insya Allah itu adalah suruhan Allah dan Rasulnya ketika berjanji. Ini bererti ucapan� Insya Allah itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah semata-mata. Tetapi perkataan Insya Allah yang dilafazkan itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik.
Wahai kaum muslimin, ibu bapa adalah contoh terbaik untuk diikuti oleh anak-anak, akhlak ibu bapa banyak mempengaruhi watak anak-anak mereka. Sebagaimana yang berlaku terhadap masyarakat kita, ada antara ibu bapa yang berjanji kepada anak-anak mereka tetapi sukar untuk menunaikannya. Perbuatan demikian itu boleh menjadi pelajaran kepada anak-anak yang berkemungkinan menganggap bahawa janji tu tinggal janji dan tidak ada apa-apa erti. Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan ibu bapa merupakan model dan pencorak keperibadian anak-anak. Jangan sampai anak hilang kepercayaan kepada ibu bapa mereka kerana pada kelazimannya orang yang mungkir janji itu tidak lagi akan dipercayai oleh orang lain.
Akhirnya, ingatlah wahai kaum muslimin betapa Islam sangat mengambil berat dalam soal janji, oleh itu berhati-hatilah sebelum berjanji. Dan jadikanlah perkataan Insya Allah itu sebagai azam yang kuat kearah menyempurnakan dan menunaikan janji yang dijanjikan. Jadikanlah diri kita orang-orang yang bertakwa dan penuh amanah, bukan daripada orang-orang yang mungkir janji yang tergolong dalam golongan orang-orang munafik. Nau'zubillahiminzalik.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Mu'minuun ayat 8-11 tafsirnya:
"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya".
Subscribe to:
Posts (Atom)