Sep 3, 2010

Pengalaman pertama bekerjaya

Haha.. Aku sudah pulang ke rumah dan berblog setelah sekian lama tidak mengonlinekan diri.. Kerja memang seronok tapi sedikit meletihkan. Tiga hari pertama ini, aku perlu mengetahui secara menyeluruh tentang syarikat dan prosedur sebagai seorang pekerja di syarikat berkait kerajaan itu. Memang menyeronokkan apabila kami diberikan layanan kelas pertama dengan beserta kondominum mewah berswimming pool lagi ok! Siapa nak bagi?! Hahaha.. Itu dari segi hal berkaitan penginapan. Aktiviti yang dijalankan untuk hari pertama adalah berjalan melawat kawasan kilang kereta nasional kebanggaan kita semua! Memang satu lawatan ilmu yang menyeronokkan walaupun sedikit kepenatan kerana berjalan kaki menuju ke kilang dan mengelilingi kawasan kilang yang luas itu. Namun, berpuasa tidak sekali-kali menghalang kami untuk memperoleh ilmu sebanyak yang mungkin, di sana. Memang satu pengalaman yang luar daripada rutin kebiasaan aku. Masuk hari kedua, aku diterangkan dengan pelbagai hal ehwal kerja, dan polisi syarikat. Keadaan bilik auditorium yang terlalu sejuk sangat mengganggu tumpuan kami. Begitu juga dengan hari ini, hari ketiga.. Ini baru training.. Hehe.. Belum lagi hal posting yang dirahsiakan sehingga selepas cuti hari raya nanti. Yang agak merunsingkan, adalah tentangan ayah aku untuk pergi kalau aku terpaksa ditempatkan ke negeri-negeri yang jauh daripada hometown aku.. Oh, ini adalah masalah aku yang takkan pernah selesai! 

No comments:

Post a Comment