Apr 29, 2010

Hari terakhir bergelar pelajar

Setiap masa pun kita belajar.. dan sampai mati pun kita akan belajar.. Tapi belajar yang aku maksudkan di sini bukanlah pembelajaran tak formal yang sering kita lalui sehari-hari dalam hidup kita tuh.. Ini berkaitan tentang aku. Kehidupan aku sebagai seorang pelajar degree di UPM ini.. Selama berpuluh tahun aku belajar. Bermula dengan tadika, seawal empat tahun (mama dengan ayah excited nak tengok anak dia pergi sekolah, sebab itu hantar awal walaupun mama suri rumah), kemudian enam tahun di sekolah rendah, lima tahun di sekolah menengah, dan lagi enam tahun di universiti (tiga tahun di peringkat diploma dan tiga tahun lagi menyambung pengajian di peringkat degree). Semuanya total 19 tahun. Wah! Sendiri teruja bila kira-kira balik.. Haha..
Walaupun jangkamasa yang panjang, tapi hari ini semuanya akan berakhir.. Selepas ini aku akan berada dalam satu alam lain yang memerlukan aku untuk menjadi lebih matang. Aku perlu mengenali dunia dengan lebih realistik. Aku sangat takut, walaupun teruja. Inilah saat yang dinanti-nantikan mama dan ayah setelah sekian lama. Aku sedih sebenarnya. Sebab di sini (universiti), aku diajar dan dibimbing tentang semua perkara. Kehidupan yang aku lalui sangat menyeronokkan hampir setiap masa. Belajar, berkawan, bermain, berdebat, berlibur.. Semuanya di sini.. Mengenal kasih sayang juga di sini. Tetapi hari ini semuanya akan ditamatkan.. Mungkin seperti aku sendiri tidak percaya walaupun setelah lama aku menanti.. Menanti saat untuk pegang duit sendiri. Menanti saat untuk balas jasa mama ayah. Sedih woo.. hOOHOo.. Apa pun, lumrah kehidupan. Pertemuan dan perpisahan tak dapat dielakkan.. Terima kasih Tuhan, terima kasih teman, terima kasih semua.. Tanpa semua, aku tidak mungkin di sini. Namun, ini bukan pengakhiran.. Tetapi suatu permulaan.. Kejayaan sedang menantiku!!!

No comments:

Post a Comment