May 13, 2010

Cantik

Siapa kata bertuah menjadi orang cantik.. Mungkin ada yang sentiasa memegang stigma sedemikian sehingga ke hari ini.. Jangan pernah kita mendiskriminasi manusia hanya kerana kecantikannya.. Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Semua orang boleh berusaha untuk kelihatan cantik. Saya, anda, dan kita semua.. Cantik memegang sinonim dengan wanita. Namun cantik itu subjektif. Memang wanita dilahirkan dengan penuh kesenian dan kecantikan. Semua orang cantik. Sama ada kita dilahirkan normal atau tidak setiap kejadian itu ada kecantikannya. Allah yang menciptakan kita. Allah Maha Bijaksana. Mustahil Allah mencipta sesuatu itu secara sia-sia. Ingatlah bahawa kita semua perlu berusaha untuk cantik. Sebab Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.

Mungkin ada yang kata cantik perlukan wang yang banyak. Saya tidak pernah menafikannya.. Untuk menjadi cantik secara fizikal, sedikit atau mungkin banyak pelaburan perlu dibuat. Jadi memang ada benarnya cantik memerlukan wang yang banyak. Tapi apa yang lebih penting adalah kecantikan hati. Kecantikan peribadi. Itu sangat penting. Tengok sahaja orang yang akhlaknya buruk, hatinya busuk, manakan mampu terserlah kecantikannya. Kalau pun mereka cantik, pasti orang yang ingin mengiktiraf bahawa mereka ini cantik sangat tidak mampu untuk mengatakan sedemikian. Dek kerana kehodohan hati dan akal budi, maka terbanglah kecantikan yang dimiliki. Alangkah hinanya taraf mereka yang seperti itu.


Kecantikan boleh membinasakan. Wanita juga begitu. Boleh binasa dan membinasakan. Apa yang paling penting ingatan kita bahawa kecantikan yang kekal adalah kecantikan peribadi. Sama-samalah kita menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Tiada salahnya kekal cantik. Apa yang peling penting jangan pernah lupa pada dunia yang penuh cubaan ini. Kerana beberapa kali disebut dalam Al-Quran bahawa wanita mampu merosakkan..


No comments:

Post a Comment