May 16, 2010

Pelita itu masih di situ

Dahulu aku buta tentang siapa diriku,
Dicanai rasa rendah diri terlalu,
Mencari ke mana hala tuju,
Dan penuh rasa keliru.

Dahulu aku dirantai kesepian,
Menghidu di mana kebenaran,
Mencari erti kepercayaan,
Berteman lemahnya kejahilan.

Aku sering dipandu,
Insan bergelar guru,
Silih bertambah tiap waktu,
Mustahil ku lupa siapa guruku..

Sayang masih di situ,
Tiap waktu tanpa jemu,
Kau kongsi segala ilmu,
Kerana di hatimu,
Mendidik itu amanahmu,
Berusaha itu nadimu,
Bejaya itu kebahagiaanmu.

Guru,
Kau selalu masih di situ,
Walau kami telah jauh darimu,
Di hatimu hanya satu,
Kejayaanku kejayaanmu,
Terima kasih guru,
Ku doakan kesejahteraan buatmu..

No comments:

Post a Comment