May 8, 2010

Orang yang tiada ilmu ibarat melalui lorong yang gelap

Siapa yang kata ilmu tidak penting? Sejarah menunjukkan ilmu memang sangat penting. Negara ditawan bukan dengan kekuatan bala tentera, tetapi kekuatan akal yang beisi ilmu. Keluarga bahagia kerana ilmu. Ekonomi kukuh dengan ilmu. Semuanya memerlukan ilmu. Sedangkan pejuang agung Islam, Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda yang maksudnya:



”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)
Kepentingan terhadap ilmu memang tidak lagi perlu disangkal. Semua individu memerlukan ilmu. Sedangkan salah satu petanda hari kiamat yang dahsyat adalah mengangkat orang yang tidak berilmu menjadi pemimpin. Lihatlah betapa kejinya taraf orang yang tidak berilmu. Diangkat menjadi pemimpin boleh membawa kepada satu perkara besar iaitu kebinasaan seluruh alam semesta. Nauzubillah.. Setiap individu perlu sedar dengan terang tentang perkara ini kerana di dalam setiap organisasi pasti kita memerlukan seorang individu atau beberapa individu untu menjadai pemimpin. Oleh yang demikian, perkara ini amat perlu diambil perhatian agar pemimpin perlu dipilih dalam kalangan orang yang berilmu. Apatah lagi Islam sangat menitikberatkan hal sedemikian..


Dalam sesebuah keluarga yang dibina, ilmu mentadbir keluarga dan membesarkan anak-anak adalah sangat-sangat penting. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesalahan sedangkan mereka sendiri tidak tahu bahawa apa yang mereka sedang dan telah lakukan itu adalah satu kesalahan. Oleh yang demikian, kesalahan tersebut akan dilakukan sepanjang hayat. Mungkin kita tidak sedar, tapi peri pentingnya ilmu dalam mentadbir keluarga bukan sekadar membawa kesan buruk kepada keluarga itu sendiri tetapi juga untuk masyarakat yang terkena tempiasnya. Dalam mentadbir keluarga, nilai-nilai keislaman perlu diangkat dan dijunjung. Jangan risau, kejayaan dunia dan akhirat insyaAllah, dengan izinNya akan menjadi milik kita. Kebanyakan orang Islam terlalu takut menjadi orang yang mengangkat nilai keislaman kerana takut tidak menjadi orang kaya kononnya.. Sedangkan islam adalah agama yang membantu kita menjadi orang yang berjaya.. ~Sekadar renungan bersama~ 

No comments:

Post a Comment