Mar 13, 2010

Powerful Listening and Excellent Speaking


English is very important to me in order to get a job after my study. As what experienced person said, without English, we cannot go far. I knew it seems a discrimination, but it is true.. So, there are some methods for me to share with everyone interested to know..

1. Practice “Narrow Listening”
“Narrow listening” means listening to many things about the same topic. This method is more powerful than trying to listen to many different kinds of things. Students who listen to similar things learn faster and speak better than students who listen to different kinds of things. For example, you can choose one speaker and find many things by him. Listen to all of his podcasts, audio books, and speeches. This is powerful because all speakers have favorite vocabulary and grammar. They naturally repeat these many times. By listening to many things by the same person, you automatically get a lot of vocabulary repetition. You learn faster and deeper! Another example is to choose one topic to focus on. For example, you could read an easy book, listen to the same audio book, listen to a podcast about the book, and watch the movie. A.J. did this with his class in San Francisco. The class read “Charlie and the Chocolate Factory”. Then we listened to the audio book. Then we watched (and listened to) the movie. Then we listened to interviews with actors in the movie. His students learned a lot of vocabulary in a short time, and their speaking improved very quickly.

2. Divide Your Listening Time
Which is better: to listen for two hours without a break, or to divide that time during the day? Well, dividing your listening time is best. By dividing your time throughout the day, you remember more and learn faster. So its much better to listen 30 minutes in the morning, then 30 minutes in the car or train, then 30 minutes coming home from work, then 30 minutes before sleep. In fact, this is the exact schedule we recommend to our students!

3. Use an iPod or MP3 Player
iPods are fantastic. You can put a big listening library on one. Then you can carry your English lessons everywhere. You can learn English while walking, while shopping, in the car, in a train, while cooking.. With an iPod or MP3 player, you don’t have to worry about CDs. Also, you can find a lot of English listening on the internet. You can find lessons, stories, podcasts, TV shows, interviews, and audio books. Simply download the audio, put it on your iPod.. and learn English anywhere! 

4. Listen To Movies
Movies are great for learning English BUT you must use them correctly. Don’t watch all of an English movie. You will not understand it, and therefore you will not learn anything. Only watch one scene or segment per week (maybe 2-3 minutes). Follow this method:
  • First, watch the scene with subtitles in your language. This will help you understand the general meaning.
  • Second, watch the scene with English subtitles. Pause. Use a dictionary to find new words you don’t understand. Write the new sentences in a notebook.
  • Listen to the scene a few times, with English subtitles. Do not pause.
  • Listen to the scene a few times, without subtitles.
  • Repeat methods above everyday for one week.
On the second week, go to the next scene/segment and repeat again. It will take you a long time to finish a movie. That’s OK, because you will improve your listening and speaking VERY FAST. This method is powerful-- use it!

5. Read and Listen at the Same Time
Listening and Reading together are very powerful. While you listen to something, also read it. This will improve your pronunciation. Reading while listening also helps you understand more difficult material. Read and listen to learn faster. After you do this a few times, put away the text and just listen. You will understand a lot more and you will improve faster. Always try to find both audio and text materials.
                                                                                                                  by -  LearnRealEnglish.Com

Mar 12, 2010

Keputusan muktamad!


Apabila aku bangkit dari tidur, aku terus terfikirkan hal untuk aku sambung pengajian yang aku katakan dalam entry aku semalam.. Keputusan aku adalah muktamad! Aku nak mencari pekerjaan terlebih dahulu.. Dan aku akan stabilkan kerjaya aku dahulu..Aku akan menyambung pengajian tapi sekarang bukan masa yang sesuai bagi aku.. Ya, janji aku pada diri, aku akan juga menyambung pengajianku di peringkat master, satu hari nanti. Strategi aku (wah, strategi lah sangat..Haha..), aku nak kerja dulu, utk tgk kecenderungan pekerjaan ku kelak dalam bahagian ekonomi atau lebih kepada bahagian yang lain, maksudnya pentadbiran atau lain-lain, dan setelah aku menempatkan diri dalam dunia pekerjaan barulah aku tahu aku perlu sambung master dalam bidang apa, MBA atau Master Econs. Kemudian bolehlah aku memilih pengkhususan yang lebih tepat dan mengarah kepada bidang pekerjaan aku nanti. Hehe. Lebih tepat, bukan? Di samping itu, aku juga perlu untuk memikirkan juga tentang hal peribadi aku, memandangkan aku telah mempunyai perancangan untuk berkeluarga dalam masa dua tahun dari sekarang, InsyaAllah.. Aku perlu juga memikirkan ayah aku yang dah lama sangat menanggung aku.. Jadi, sekarang sudah tiba masanya aku pula yang berbakti kepada mereka. Pasti ada yang bertanya, kalau pun aku kerja sambil belajar, aku masih lagi boleh berbakti pada orang tua ku.. Namun, bagi aku yang baru ingin bertapak ini, biarlah kedua-dua kaki aku gunakan untuk bertapak. Maksud aku, fokus dahulu pada kerjaya. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.. Azam aku sekarang nak belajar rajin sikit lah (memandangkan mood study aku yang dah semakin menurun) dan meningkatkan kemahiran diri berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa, dan fokus dalam membina kerjaya.. Biarlah yang lain, datang selepas perkara-perkara yang aku sebutkan ini..Aku hanya mampu berdoa pada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan dan perancangan aku ini dapat berjalan dengan lancar lah hendaknya..Amiin..

Mar 11, 2010

Tips Mengurus Masa





Kelemahan aku yang paling major bagi semester terakhir ini ialah masalah dalam menguruskan masa.. Alahai sedihnya laa bila dateline dah tiba tapi kerja masih belum selesai..Memang tak dapat dinafikan aku sibuk sangat-sangat semester ini. Dengan assignmentlah,research paperlah, presentationlah,debatlah, hal ehwal di blok lah, semuanya nak diuruskan..Tak dikira lagi leisure time aku..huhu..Tapi kalau bijak urus masa, semua kerja boleh beres tepat pada waktunya. Setiap orang sama sahaja.Masa yang diberikan adalah 24 jam sehari. Tiada yang lebih, dan tiada juga yang kurang..Ini adalah sedikit tips yg aku peroleh daripada rakan blog yang lain yang aku harap boleh membantu aku dan sesiapa yang sudi mengambilnya utk dijadikan sebagai amalan..

1. Kenal pasti kelemahan & tabiat kerja anda
Buat sedikit muhasabah dan analisa terhadap tabiat kerja kita yang tidak baik. Apabila kita telah mengetahui tabiat tersebut sama ada kelemahan dalam merancang masa kerja atau melaksanakan kerja. Maka kita cuba mencari penyelesaian kepada tabiat tidak baik itu supaya kita dapat menyelesaikan kerja tadi dengan masa yang lebih singkat dan tersusun. Kebanyakkan individu tidak menganalisa kerja mereka sama ada sudah efektif atau ada cara lain yang lebih cepat serta menjimatkan masa.

2. Berlengah-lengah
Ini tabiat klise bagi remaja. Memulakan kerja sehingga berdozen-dozen namun tidak menghabiskannya. Ada banyak punca mengapa perkara ini berlaku antaranya sikap tidak yakin kepada kebolehan diri, tidak optimis dan sikap negatif kepada kerja tersebut. Sebab lain ialah tidak tahu meletakkan “aulawiyat” iaitu keutamaan dalam kerja mereka. Kenal pasti segera supaya ia tidak melarat “penyakit” berlengah-lengah ini kepada masa depan kita.

3. Tidak perlu sibuk tapi produktif.
Bekerja dalam keadaan siduk amat memenatkan dan memuaskan. Kita tidak perlu ke hulu dan k ehilir, ke sana dan ke mari (pi mai pi mai tang tu jugak) untuk membuat satu kerja sahaja. Tapi bahagikan kerja kita dan hasilnya akan lebih baik. Sebagai contoh kita sebagai pengerusi blok (aku lah tu..Hehe), kita boleh pecah-pecahkan kerja tersebut kepada AJK blok yang lain. Mudah dan cepat bukan. Kerja yang kita lakukan dalam masa 5 jam sendirian akan bertukar menjadi 1 jam sahaja. Ingat fokus kepada produktiviti bukan kecelaruan dalam kesibukan.

4. Bunuh “time killer"
Kenal pasti pembunuh masa kita seperti leka berfacebook, movie, chat, novel, bergayut menelefon kerana ia akan mengalihkan fokus kerja anda. Masa rehat itu perlu tetapi jangan sampai membazir masa. Rehatlah dengan sewajarnya.

5. Realistik dalam bertindak
Ramai daripada kita percaya bahawa dalam melakukan kerja WAJIB mencari kesempurnaan. Terimalah hakikat kita manusia yang punyai kekurangan dan kita tidak tinggal di alam Syurga yang penuh dengan kesempurnaan. Prinsip yang kita perlu pegang ialah melakukan kerja tidak perlu sempurna tetapi cemerlang. Berusaha mencari kecemerlangan bukan kesempurnaan..

Master or keje?? Klu master, econs or MBA??


Sekali lagi aku dalam dilema.. Mula-mula tu tak tahu nak pilih sama ada nak sambung master atau keluar bekerja.. Kemudian, tak tahu pulak kalau nak sambung, nak ambil master econ atau MBA (Master in Business Admin. Major Finance)..Huh.. Pening kepala memikirkan masa depan..Yang menjadi perhitungan adalah usia aku..Atas faktor usia yang agak tua ni, aku merasakan nak bekerja dahulu sebab tiada apa pun yang ingin dikejarkan sangat.. Apatah lagi apabila ada orang yang berada dalam industri sendiri yang menasihatkan aku agar mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu..Kalau nak sambung pun, kemudiankanlah dahulu..Tapi tadi aku dah memulakan langkah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat MBA. Aku agak tertarik sebab MBA UPM ni adalah top ranking MBA di Asia Tenggara..Lagipun, kebanyakan CEO syarikat mempunyai kelayakan dalam MBA ni.. Teruja lah aku sedikit.. Ditambah pula dengan faktor kewujudan kelas petang yang diadakan diluar waktu bekerja. Tapi nak kene ambil masa dua tahun lah juga untuk mengahbiskan pengajian di peringkat MBA kalau nak jadi part time student.. Hurmm.. Tapi kalau Master Ekonomi, boleh habiskan dalam masa setahun setengah sahaja.. Alahai.. Dari segi yuran pengajian, memang mahal sikitlah yuran pengajian MBA ni.Mencecah puluhan ribu ringgit jugalah tapi kata orang hasilnya memang berbaloi.. Apa pun, aku mohon jer dulu.. Dapat atau tak, belakang kira..Kalau pun dapat, tak tahu lagi sama ada aku nak sambung atau pun tidak. Mungkin aku akan sambung, atau mungkin juga aku akan menstabilkan kerjaya aku dulu..Hurm.. Tengoklah macam mana nanti.. Aku akan buat solat istikharah lah nanti..=)

Mar 10, 2010

Matahari Band

Aku baru saja pulang dari menikmati makan malam aku di Chill Out Cafe yang terletak tidak jauh dari kolejku ini.. Sambil menikmati hidangan makan malam fish and chip (aku dan roomate mengorder makanan yang sama), kami dihiburkan oleh sekumpulan band yg sedikit asing bagi kami. Namun tak mengapa, kami layan jer.. Kami didendangkan dengan beberapa buah lagu.. Semangat sangat vokalis yang menyanyikan lagu itu.. Dengan pelbagai gaya dan sungguh bertenaga. Aku pula yang terasa penat melihat persembahan meereka. Tak kurang juga ada penonton yang diusiknya.. Hehe.. Sekadar mahu menghangatkan suasana aku kira.. Tidak mengapa laa..Itu bukan apa yang aku ingin tekankan. Namun apa yang lebih menarik perhatian aku adalah kebenaran kata orang-orang tua.. Tak kenal maka tak cinta.. Kalau nak diikutkan, pada mulanya aku tak lah teruja sangat untuk menonton persembahan dari band yang agak asing bagi aku.. Namun setelah aku menonton sendiri persembahan mereka, hati aku terus senang mendengarkan dendangan mereka..Apatah lagi melihat kesungguhan vokalis kumpulan tersebut yang kelihatan ikhlas sekali untuk menghiburkan tetamu yang hadir.. Memang jelas tergambar walaupun kadangkala kami rasakan aksi itu sungguh memenatkan. Tapi aku tau, pasti terbit rasa kepuasan di hati kumpulan tersebut.. Walau bagaimanapun, apa yang penting, KERJASAMA! Haha.. Bayangkan kalau kumpulan tak sepakat, memang takkan timbullah keserasian.. Kalau takde keserasian, maka pincanglah kumpulan.. Hehehehe.. Mulalah aku mengarut di malam-malam hari ini.. Ok lah.. Bertemu lagi di entry yang lain.. Panjang umur, jumpa lagi..=)

Urusan kerja

Dah lama aku tidak menjengah blog aku ini dek kesibukan aku sebagai seorang pelajar dan keasyikan membaca novel.. Haha.. sebenarnya aku dah lama tak baca novel. Seingat aku, sejak aku berada di Bintulu lagi.. Hehehe.. Maknanya sepanjang aku bergelar mahasiswa, memang aku dah lama laa tak mengusik mana-mana novel gamaknya. Memang relevan juga tindakan aku tak baca novel sebelum-sebelum ini. Mana tidaknya, aku memang ketagih juga laa membaca sampaikan pantang ada masa terluang, novel itulah yang menjadi temanku. Lupakan tentang novel itu. Ada yang lebih penting untuk aku. Apa lagi di kala ini jikalau bukan kertas penyelidikanku atau pun orang biasa panggil research paper jer.. hehe.. Kerja regression telah aku lakukan.. Sekarang apa yang lebih penting adalah untuk interpret data yang lebih rumit kaedahnya.. Banyak juga yang perlu aku touch-up untuk bahagian-bahagian yang sebelum ini.. Hurm.. sebenarnya, aku baru sahaja berjaya membuat kerja-kerja meregress output.. Bukan apa, sebelum ini aku memang tak ingat tentang apa yang aku pelajari tahun lepas. Aku pun bukan main lah mencuba sedaya aku menyudahkan tugasan ku dengan menggunakan software e-view 6 tuh.. Namun puas aku mencuba tak juga aku berjaya.. Puaslah juga aku toleh ke kiri ke kanan untuk meminta orang mengajar aku membuatnya. Sehinggakan aku berdoa di dalam hati agar dipermudahkan segala urusan kerjaku.. dan telah aku luahkan dalam facebook ku.. Hehehe.. Alhamdulillah, dalam kesempitan itu, ada org yang membantu ku.. Lega rasanya.. Lapang seketika kurasakan hidupku.. Semoga Allah memudahkan segala urusan org yg tolong aku tu hari ini.. Hehe..Terima kasih,Najwa.. Lain kali akak tolong awak pulak ye.. Hehe..Esok dah nak tunjuk Dr. Wan Azman.. Harap-harap tak banyak masalah laa..Amiiinn..

Mar 5, 2010

Ragam manusia atasan...

Semalam aku telah membantu melicinkan urusan yang berkaitan dengan kelancaran Pertandingan Akhir Liga Debat Putra Piala Timbalan Naib Canselor, di dewan Putra2, di kolej serumpun.. Aku telah diamanahkan untuk menyediakan kakitangan usher, dan urusan penyampaian hadiah.. Aku berpuashati dan berterima kasih dgn semua yang membantu, terutama adik2 kolej aku.. Mereka sungguh berdedikasi.. Tapi apa yang menariknya, semalam ada teman aku yang meminta pertolongan dariku untuk meminjamkan bunga pahar yang ada di kolej aku. Maka aku mulakanlah urusan peminjaman seraya mendapat tahu bahawa kolej aku, ada benda yg aku nak tu, iaitu bunga pahar.. Hehehe.. Tapi setelah aku mengisi borang yg diminta oleh seorang staf kolej yang comel orgnye, aku diminta utk mendapatkan cop daripada pengurus kolej aku. Memandangkan aku dihantar ke kolej aku oleh temanku dgn menaiki kereta, maka aku agak bergegaslah kerana tidak mahu temanku itu menunggu lama. Sebab aku memang tidak suka ditunggu.. Aku pun mulalah meminta tandatangan pengurus tersebut bagi melengkapkan prosedur peminjaman peralatan kolej. Tidak semena-mena akku dimarahi oleh beliau di hadapan seorang felo dan seorang pelajar junior.. Oh, aku hanya membantu pihak yang terlibat dgn majlis pertandingan akhir ini sahaja. sekadar membantu mendapatkan peralatan yang perlu.. Tidak lebih dari itu. Namun pengurus itu marah benar apatahlagi bila aku menyebut barangan ini aku pinjam utk program HEP. Apelah yang marah sgt beliau pd HEP aku pun tak tau.. Kesal sungguh aku.. Kononnya, kalau pun nak pinjam perlu buat surat tiga hari awal dan sebagainya.. Alahai.. kerenah birokrasinya lah pengurus yang seorang ini.. Baru pengurus dah nak tunjuk kuasa.. Bukan marah pada beliau yang mengikut prosedur itu..Tapi adab pertuturan dalam berbicara sesama manusia perlulah dijaga, tidak kiralah kira kita hanya bercakap dengan seorang pelajar sekalipun.. Tapi apa yang menyedihkan apabila tandatangan yang tak pun sampai seminit berkaitan peminjaman bunga pahar yang menjadi api kemarahannya..Alahai, manusia..Ingatlah bahawa hidup kita ibarat roda yang bergerak.. Bukan roda yang berhenti dan statik.. Kalau kita mudahkan orang, InsyaAllah Allah pula yang akan memudahkan kita.. Kerenah birokrasi lagi yang jadi hal..Aku faham sahaja tugasnya itu, cuma tidak perlulah perkara kecik pun boleh manjadi penyebab utk marah,kan.. Aku tau aku hanya seorang pelajar, dan beliau adalah pengurus di kolej ini.. Tapi, bukan aku sahaja yang pernah dimarahnya, hampir 80% pelajar yang pernah berurusan dgnnya pernah dimarah dan dihina.. Ingat sikit, awak tue dah tua.. Kami generasi muda ini yang akan menjadi pengganti.. Sekurang-kurangnya didiklah kami utk berurusan dgn baik.. walaupun secara tidak langsung.. Namun ianya sangat penting.. Wallahualam

Feb 21, 2010

jangan malas

Awin, jangan bermalas-malasan lagi.. masa dah tak cukup untuk kau nak bermalas-malasan lagi. Yang paling penting sekarang adalah masa untuk timba ilmu sebanyak-banyaknya. Rajin-rajin kan diri membaca. Bukan sekadar baca buku berkaitan dengan ekonomi, tetapi juga yang berkaitan dengan hal ehwal semasa dan ilmu-ilmu lain. Ingat, kesihatan kau semakin tidak baik. Jangan hanya pandai beli ubat tapi tak mahu disiplin makan ubat. Kelemahan kau yang paling dahsyat adalah gagal mendisiplinkan diri. Bahaya tu. Jangan pandang enteng soal kesihatan. Nanti mengganggu pelajaran. Satu perkara yang tak pernah menjadi perkara yang tak penting, adalah pengurusan masa yang baik. Dari dulu sampai lah sekarang, kau memang gagal mengurus masa dengan baik. Walaupun belum lah sehingga ke tahap yang teruk sangat, tapi teruk lah kalau masih tiada perubahan. Belajarlah merancang dan bertindak dengan baik. Penting sangat! Gagal merancang adalah merancang untuk kegagalan! Dah tiada masa lagi nak cuba-cuba untuk menjadi orang yang gagal. Ingat tu! Masa muda hanya sekali. Jangan kerana kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan, banyak peluang yang terlepas. Nanti memberi kesan terhadap masa depan kau. Rugi tu. Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Tuhan dah ajar perkara tu dalam Quran. Penekanan terhadap konsep pengurusan masa ni memang sangat-sangat dititikberatkan. Kenapa agaknya? Mestilah sebab ianya sangat penting. Dah, jangan membebel lagi.. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan dan bertindak lah dengan bijak.. InsyaAllah, akan berjaya.. ChIYOk2!!

Berteman katanya...

Aku baru saja berjinak dalam dunia berblog ini.. Semoga apa yang aku coretkan hanyalah sekadar teman untuk aku berbicara tentang semua yang aku fikirkan dan aku lalui tanpa memudaratkan sesiapa yang membacanya. Blog ini aku anggap sebagai diari yang aku benarkan insan lain untuk membacanya..Sekadar bingkisan buat sesiapa yang sudi berkongsi dan akan aku cuba untuk berkongsi ilmu yang aku peroleh daripada insan yang sudi menjadi guru aku secara sedar mahupun tidak..