Mar 5, 2010

Ragam manusia atasan...

Semalam aku telah membantu melicinkan urusan yang berkaitan dengan kelancaran Pertandingan Akhir Liga Debat Putra Piala Timbalan Naib Canselor, di dewan Putra2, di kolej serumpun.. Aku telah diamanahkan untuk menyediakan kakitangan usher, dan urusan penyampaian hadiah.. Aku berpuashati dan berterima kasih dgn semua yang membantu, terutama adik2 kolej aku.. Mereka sungguh berdedikasi.. Tapi apa yang menariknya, semalam ada teman aku yang meminta pertolongan dariku untuk meminjamkan bunga pahar yang ada di kolej aku. Maka aku mulakanlah urusan peminjaman seraya mendapat tahu bahawa kolej aku, ada benda yg aku nak tu, iaitu bunga pahar.. Hehehe.. Tapi setelah aku mengisi borang yg diminta oleh seorang staf kolej yang comel orgnye, aku diminta utk mendapatkan cop daripada pengurus kolej aku. Memandangkan aku dihantar ke kolej aku oleh temanku dgn menaiki kereta, maka aku agak bergegaslah kerana tidak mahu temanku itu menunggu lama. Sebab aku memang tidak suka ditunggu.. Aku pun mulalah meminta tandatangan pengurus tersebut bagi melengkapkan prosedur peminjaman peralatan kolej. Tidak semena-mena akku dimarahi oleh beliau di hadapan seorang felo dan seorang pelajar junior.. Oh, aku hanya membantu pihak yang terlibat dgn majlis pertandingan akhir ini sahaja. sekadar membantu mendapatkan peralatan yang perlu.. Tidak lebih dari itu. Namun pengurus itu marah benar apatahlagi bila aku menyebut barangan ini aku pinjam utk program HEP. Apelah yang marah sgt beliau pd HEP aku pun tak tau.. Kesal sungguh aku.. Kononnya, kalau pun nak pinjam perlu buat surat tiga hari awal dan sebagainya.. Alahai.. kerenah birokrasinya lah pengurus yang seorang ini.. Baru pengurus dah nak tunjuk kuasa.. Bukan marah pada beliau yang mengikut prosedur itu..Tapi adab pertuturan dalam berbicara sesama manusia perlulah dijaga, tidak kiralah kira kita hanya bercakap dengan seorang pelajar sekalipun.. Tapi apa yang menyedihkan apabila tandatangan yang tak pun sampai seminit berkaitan peminjaman bunga pahar yang menjadi api kemarahannya..Alahai, manusia..Ingatlah bahawa hidup kita ibarat roda yang bergerak.. Bukan roda yang berhenti dan statik.. Kalau kita mudahkan orang, InsyaAllah Allah pula yang akan memudahkan kita.. Kerenah birokrasi lagi yang jadi hal..Aku faham sahaja tugasnya itu, cuma tidak perlulah perkara kecik pun boleh manjadi penyebab utk marah,kan.. Aku tau aku hanya seorang pelajar, dan beliau adalah pengurus di kolej ini.. Tapi, bukan aku sahaja yang pernah dimarahnya, hampir 80% pelajar yang pernah berurusan dgnnya pernah dimarah dan dihina.. Ingat sikit, awak tue dah tua.. Kami generasi muda ini yang akan menjadi pengganti.. Sekurang-kurangnya didiklah kami utk berurusan dgn baik.. walaupun secara tidak langsung.. Namun ianya sangat penting.. Wallahualam

No comments:

Post a Comment