Mar 11, 2010

Master or keje?? Klu master, econs or MBA??


Sekali lagi aku dalam dilema.. Mula-mula tu tak tahu nak pilih sama ada nak sambung master atau keluar bekerja.. Kemudian, tak tahu pulak kalau nak sambung, nak ambil master econ atau MBA (Master in Business Admin. Major Finance)..Huh.. Pening kepala memikirkan masa depan..Yang menjadi perhitungan adalah usia aku..Atas faktor usia yang agak tua ni, aku merasakan nak bekerja dahulu sebab tiada apa pun yang ingin dikejarkan sangat.. Apatah lagi apabila ada orang yang berada dalam industri sendiri yang menasihatkan aku agar mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu..Kalau nak sambung pun, kemudiankanlah dahulu..Tapi tadi aku dah memulakan langkah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat MBA. Aku agak tertarik sebab MBA UPM ni adalah top ranking MBA di Asia Tenggara..Lagipun, kebanyakan CEO syarikat mempunyai kelayakan dalam MBA ni.. Teruja lah aku sedikit.. Ditambah pula dengan faktor kewujudan kelas petang yang diadakan diluar waktu bekerja. Tapi nak kene ambil masa dua tahun lah juga untuk mengahbiskan pengajian di peringkat MBA kalau nak jadi part time student.. Hurmm.. Tapi kalau Master Ekonomi, boleh habiskan dalam masa setahun setengah sahaja.. Alahai.. Dari segi yuran pengajian, memang mahal sikitlah yuran pengajian MBA ni.Mencecah puluhan ribu ringgit jugalah tapi kata orang hasilnya memang berbaloi.. Apa pun, aku mohon jer dulu.. Dapat atau tak, belakang kira..Kalau pun dapat, tak tahu lagi sama ada aku nak sambung atau pun tidak. Mungkin aku akan sambung, atau mungkin juga aku akan menstabilkan kerjaya aku dulu..Hurm.. Tengoklah macam mana nanti.. Aku akan buat solat istikharah lah nanti..=)

No comments:

Post a Comment