Mar 10, 2010

Urusan kerja

Dah lama aku tidak menjengah blog aku ini dek kesibukan aku sebagai seorang pelajar dan keasyikan membaca novel.. Haha.. sebenarnya aku dah lama tak baca novel. Seingat aku, sejak aku berada di Bintulu lagi.. Hehehe.. Maknanya sepanjang aku bergelar mahasiswa, memang aku dah lama laa tak mengusik mana-mana novel gamaknya. Memang relevan juga tindakan aku tak baca novel sebelum-sebelum ini. Mana tidaknya, aku memang ketagih juga laa membaca sampaikan pantang ada masa terluang, novel itulah yang menjadi temanku. Lupakan tentang novel itu. Ada yang lebih penting untuk aku. Apa lagi di kala ini jikalau bukan kertas penyelidikanku atau pun orang biasa panggil research paper jer.. hehe.. Kerja regression telah aku lakukan.. Sekarang apa yang lebih penting adalah untuk interpret data yang lebih rumit kaedahnya.. Banyak juga yang perlu aku touch-up untuk bahagian-bahagian yang sebelum ini.. Hurm.. sebenarnya, aku baru sahaja berjaya membuat kerja-kerja meregress output.. Bukan apa, sebelum ini aku memang tak ingat tentang apa yang aku pelajari tahun lepas. Aku pun bukan main lah mencuba sedaya aku menyudahkan tugasan ku dengan menggunakan software e-view 6 tuh.. Namun puas aku mencuba tak juga aku berjaya.. Puaslah juga aku toleh ke kiri ke kanan untuk meminta orang mengajar aku membuatnya. Sehinggakan aku berdoa di dalam hati agar dipermudahkan segala urusan kerjaku.. dan telah aku luahkan dalam facebook ku.. Hehehe.. Alhamdulillah, dalam kesempitan itu, ada org yang membantu ku.. Lega rasanya.. Lapang seketika kurasakan hidupku.. Semoga Allah memudahkan segala urusan org yg tolong aku tu hari ini.. Hehe..Terima kasih,Najwa.. Lain kali akak tolong awak pulak ye.. Hehe..Esok dah nak tunjuk Dr. Wan Azman.. Harap-harap tak banyak masalah laa..Amiiinn..

No comments:

Post a Comment